Sunday, 30 October 2016

PANDAI YG BAIK - SEBUAH CATATAN TANPA PODIUM.


Ini hari untuk mengucapkan "Allah Maha Besar, Allah Maha Bijaksana" yang meminjamkan sedikit kebijaksanaanNya utk kita prasan dah pandai. Ini hari yg amat bermakna untuk brader rambut mat rock kapak separa pencen itu, bila anak murid dia yang baru menerima Ijazah Kedoktoran, sudi mencemar duli datang singgah untuk meraikan kejayaan bersama. Walaupun pernah berkali-kali kena sembur dengan pensyarah dia yang angin tak dapat dijangka itu, dia tak serrik. Dia datang ke Kebun D 7  hari ini dengan tauliah rasmi gelaran orang pandai-pandai, gelaran doktor yang ada juga sungguh2 nak beli je. Ada juga dah digelar sifu, otai, lejen, walaupun usia ilmu lalunya baru sejengkal. Ramai bekas pelajar brader rambut panjang itu yg dah bergelaran Dr. walaupun semuanya tak boleh mengubat orang sakit fizikal. Itulah antara nikmat dan rezeki dunia yang osem, yang hendaknya jadi saham di akhirat juga. Jauh perjalanan Dr. baru kita ni, dari mula duduk bersila bersama brader rambut panjang itu untuk merangka proposal hinggalah hari ini dia pakai jubah ungu yang buat brader itu geli satu badan. Antara dua titik momen itu, dia melalui satu laluan mencabar yang boleh didramakan mengalah filem Jagat. Ramai insan yang mendoakan dia ni, yg paling power tentu sekali doa dari Opah dia yang macam Jedi master itu. Gelaran Dr. bukan lesen untuk menyombong jadi pakar yang serba tahu segalanya, yang cakapnya dipaksa jadi fatwa.Gelaran Dr.adalah ujian, denai untuk saham di akhirat. Paling susah bila ada gelaran pemberian sistem manusia ni adalah nak jaga ego dan takbur. Itu jihad dalaman masing-masing. Ramai juga yang kadang2 kecundang, termasuk yang menulis ni, tak payahlah cakap besor. Kebun sedang mencari hari yang sesuai untuk dia ni, Dr. Nur نور زايدي ازراي, berkongsi dapatan dari kajian tesis kedoktoran dia di Kebun D 7. Orang pandai semakin ramai, orang baik kyang ikhlas takda data statistiknya. Terlampau banyak berfikir kekadang boleh jadi tabir, menutup zikir. Hati yang ada belas kasih ikhlas boleh mencairkan fikir jadi zikir, maklumat jadi pengetahuan, pengetahuan jadi ilmu, ilmu jadi hikmah. Akal je tanpa budi, tak sempurna. Pelajaran je tanpa didikan, tak berguna. Guru boleh tunjuk, yang beri Hidayah hanya Allah, itu pesan arwah ayahanda. Doakanlah dia, brader rambut panjang tu, kita semua, jadi orang pandai yang ikhlas dan baik. Dunia amat memerlukan kita semua menjadi jenis manusia sebegitu.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...