Monday, 31 October 2016

H3ROkembalikeSELAT2016 DLM MONO

Dokumentasi H3ROkembalikeSELAT oleh Delly Adeela



















H3ROkembalikeSELAT2016

H3ROkembalikeSELAT, berpentaskan galeri alamiah yang penuh belas. Itulah juga teras batiniah H3RO yang kami muliakan. Untuk setiap inci syurga, pasti ada ujiannya. Pasti setiap dari kami telah lulus ujian-ujian kecil yang menghadiahkan kami dengan syurga ini. Kami bertaut dan dipeluk dakapan simfoni belas yang memulih - Bonda sebagai tamu istimewa, Krew H3RO (Kebun Jiwa Halus, Rozana Mohamed, Delly Adeela, Ainina, Anderson Ee, Zaharuddin Saidon, Che' Yang Asiah, Huzaifah As-said, Farouk As-said), Abang Mad biola & rakan-rakan dari kumpulan Nada Budaya Harapan Pulau Tuba, Guru Besar Cikgu Fatimah Kassim, Cikgu Daud dan anak-anak murid mereka di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyiur, Dato' Nordin yg otai handal mengemudi Pajero gagahnya untuk bawa kami mendaki Bukit Gondol yang indahnya tak terungkap dengan kata-kata, Encik Zulkarnain, Encik Anuar Ayob, Cik Aslina dan anak-anak murid mereka para pelajar Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif UNIMAS, dan hos paling osem, Kak Bara & Abang Rasyid serta krew mereka terutama pengawal keselamatan paling efisien dan comel, Manja, Mafia Junior dan Nimo, itik, ayam, katak, 'dragon flies', burung Gagak, Pipit, Helang Merah, Enggang, angin, awan, bukit, pokok, laut, pantai. Hati kami tak putus memanjangkan syukur infinit.

(Foto oleh Huzaifah As-said Zaharuddin)





PENTAS H3ROkembalikeSELAT

H3ROkembalikeSELAT berkolaborasi dengan langit, awan, bukit, pokok, laut, pantai, selut, angin, matahari, bintang, sampan, helang merah, enggang, pipit, rama-rama, pepatung, cengkerik, katak, itik, ayam, anjing, kerbau, dan segala penghuni alam.






MENGADAP SENJA DI SELAT BAGAN NYIUR

Senja di Selat Bagan Nyiur menyajikan lukisan Mahakarya yang mencairkan fikir menjadi zikir. 





MENGADAP PAGI DI SELAT BAGAN NYIUR

Pagi di Selat Bagan Nyiur, amat menjernihkan keruh.
(Foto oleh Huzaifah As-said Zaharuddin, Delly Adeela, Kebun Jiwa Halus & Anderson Ee)




INFINITY

Andy says, "H3RO traveled from Teluk Intan, to a jungle and now to a beach....hopefully it will go to the mountains next. Ultimate destination.....is Infinity! (Foto oleh Delly Adeela & Huzaifah As-said)



ILMU LALU DI LAPANGAN ALAM


@delly.adeela padawan muda ku, ilmu lalu lebih lekat dan menunduk angkuh, dibanding dgn ilmu tahu. Ilmu lalu dibekalkan oleh lapangan alam, sebagai denai utk Hidayah dari Allah. Guru hanya penunjuk yg kerdil.

BELAS ALAM & PENGHUNI YG DEKAT DENGANNYA


Delly Adeela dapat mendekati pakcik ini, sambil menerima beberapa pengajaran penting dlm hidup secara selamber, tak memaksa, tak dibuat-buat dan merendahkan diri : tentang 'belas' terhadap alam termasuk dimensi halusnya, ekologi, kelestarian, hormat, saling-bergantungan, ketekalan, realiti hidup & ekonomi golongan nelayan dan sumber makanan bebas GST. Alam & penghuni yg dekat dengannya adalah antara sumber ilmu yg paling osem dan mencerahkan.

(Delly managed to befriend this uncle and received a humbling, unforced, cool and unpretencious lecture on few important life lessons: on 'belas' or respect, love and compassion towards nature including its 'hidden dimension', ecology, sustainability, inter-dependency, preseverence, the living reality and economy of fishermen community and GST-free food source. Nature and its friendly occupants are amongst the most awesome sources of knowledge and enlightenment.)





AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...