PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Monday, 11 July 2016

WARISAN YG TAK BOLEH DIJUAL-BELI


Rasa mcm semalam je Megat Jamal (baju hijau) tu buat tendangan 'inswinger' masuk terus ke gawang gol Sekolah Sri Perak utk team bola under 15 Horley Methodist jadi juara daerah. Juga berbasikal dgn Mok (Sofuan Idris, kemeja merah) ke sekolah, dan tidor di surau Durian Sebatang dgn Halim (kopiah) dlm 'study group' utk SPM. Dulu, kini bercampur dlm sekarang. 'Setiap sekarang' adalah anugerah. Sebab tu disebut 'present'.



Yg kanan tu kalau main bola dgn team lawan, semua org dia nak gelecek, sampai aku cakap, "oii Tajoi, ko main sorang la, kita orang lepak tepi padang je." Yg baju belang (Fizal) tu, arwah ayahandanya Cikgu Aziz, ialah bapak angkat dan guru lukisan pertama yg budinya aku kenang sampai bila2.


No comments:

Post a Comment