Monday, 25 July 2016

SYED AHMAD JAMAL & KEPEDULIAN

Dulu, gua pernah la beberapa kali sentuh dlm blog, pos dlm fb dan instagram berkenaan dgn Syed Ahmad Jamal. Menulis secara akademik tentang dia pun pernah. Sejak akhir2 ni byk yg gua jumpa tentang keselarian antara bahasa fizik kuantum dgn 'rupa & jiwa' karangan SAJ.  Malah, dlm satu mesyuarat utk projek besar sebuah institusi kebangsaan, gua cadangkan temanya merujuk kpd sebuah karya SAJ. Syukur ia diterima walaupun taklah dgn beriya2 sangat. Itu dulu la. Cuma bila guna media sosial utk mewar-warkan apa yg gua jumpa & rasakan bermanfaat dari SAJ ni, adakalanya mcm cakap sorang2 dan syok sendiri la pulak. Gua pos dlm fb, gua komen sendiri. Lawak. Ada masanya rasa sedih sikit kerana terlintas dlm fikiran, apakah SAJ dan legasi ilmunya semakin dilupai, tak dipeduli dan terpinggir. Rasa sunyi pun ada.

Tapi, sejak karya dia 'Puncak Purnama' dimusnahkan, gua tak rasa sunyi lagi. Malah, riuh dgn bermacam2 suara.  SAJ mula diingati-semula. SAJ diperkata. SAJ dibela. Semua org yg berkait dgn seni, orang2 penting, tak berapa penting, langsung tak penting, semua melenting. Semua yg dulu tak peduli, sekarang peduli, dan ada yg peduli sungguh2 sampai gua naik hairan. Apapun, ilmu yg bermanfaat dari SAJ takkan dilupai, insyaAllah, gua cakap dlm hati. Syukur.

Cuma gua musykil, adakah legasi ilmu yg bermanfaat dari SAJ perlu ada kontroversi dan drama yg besar2 utk di'peduli'kan? Atau dunia seni visual itu sendiri terpaksa berpaut pd kontroversi dan drama utk di'peduli' dan mendapat perhatian? Jika takda kontroversi dan drama, takda siapa pun peduli.

Kalau begitulah keadaannya, gua sedih la. Harap2 bukan begitu ya. 


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...