Thursday 21 July 2016

KUNANG2 DI POHON SONNERATIA


2016
2002.

Terkenang kunang2 pohon sonneratia di Kuala Selangor, yg pernah disinggahi 14 tahun dahulu. Pohon sonneratia makin diancam ekologinya. Lumpur di muara dah jadi loji himpunan sampah yg berpunca dari kota. Hati kotor menzahirkan perbuatan kotor. Kita yg selesa di kota perlu tunding jari telunjuk pada diri sendiri dulu. 

"Saya petik dari buku tulisan mantan bos saya dulu di USM. Satu dari isinya adalah tentang Pendidikan Tanpa Roh. Apa itu Pendidikan Tanpa Roh. Ia merujuk kepada: 

Berijazah tanpa ilmu
Berpelajaran tanpa didikan
Berbudaya tanpa adab

Inteleknya hebat
Jasmaninya sado
Emosinya kuat
Rohaninya.....

Bankrap.

Tolong jangan jadi begitu ya."










Dgn ucapan salam kasih buat Prof Dato Dr Najib, mantan bos (Dekan) dan mentor saya ketika di USM dulu, juga semua anak2 buah dia yg bertindak berani utk mengambil risiko menjemput saya buka rasmi majlis mereka. 

Salam tahniah kunang2 yg hinggap di pohon sonneratia (para pengkarya muda yg menjayakan 'Ungkapan Alternatif'). Tak perlulah saya ulas pameran anda kerana Malaysia (terutama dlm media sosial), sudah mewah dgn pengulas. 

Foto ihsan Balai Seni Visual Negara. 







No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...