Wednesday, 27 July 2016

DARI REAKSI KE AKSI

Kadang2 terlintas dlm kepala, adakah para pengkarya seni rupa (termasuk yg separa-masa mcm saya)  hanya tertumpu kpd 'memberi reaksi' terhadap peristiwa2 yg diaksikan mereka yg bukan di kalangan pengkarya seni rupa (terutama yg kontroversi, ada nilai berita yg boleh di'tumpang sekaki', byk drama, panas, menarik perhatian khalayak, trending dan heboh di media sosial). 

Yg lain beraksi, kita hanya beri reaksi. 

Agaknya sebab tu dlm diam, rasa terpanggil dgn kerja2 mereka (tak kira la pengkarya ke, saintis ke, engineer ke, arkitek ke, pemandu teksi je), yg mencetus, memula dan gigih melestarikan sesuatu 'aksi' dgn istiqamah, terutama yg melibatkan sekumpulan audien/komuniti/masyarakat sasaran yg di luar dari lingkaran daerah seni. 

Mereka yg 'beraksi' ini saya tabek dari jauh (kalau puji lebeh2 nanti riak dan tak sedo diri pulak). Aksi atau aktiviti proaktif boleh membuatkan komuniti dan masyarakat di luar lingkaran seni lebih menerima dan menghormati bidang2 seni dan penggeraknya. Aksi atau aktivi proaktif termasuklah 'aksi' atau aktiviti berpusat audien-komuniti yg selalunya kurang mendapat perhatian kerana tiada kontroversi, kurang nilai berita, tak cukup panas, tak menarik utk di'trending' dan di'viral'kan, atau diberi komen2 merepek sampai ke Pluto. 

Sudah tiba masanya pengkarya seni rupa tidak lagi terlalu bergantung kpd tukang aksi sebagai sumber utk memberi 'reaksi' (menerusi karya). Cubalah berjinak dgn pendekatan pengkaryaan yg melibatkan aksi proaktif, bukan lagi reaksi pesimis, sinis, parodi, ironi, marah, geram, ancam, sindir, perli dll yg dah jadi 'house style' dan terlalu di'stereotype'kan sebagai "itulah 'contemporary art'". 

Cuba lah. Stay cool and awesome u all. 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...