Terjemahan 'pesanan' berkaitan pemusnahan arca "Puncak Purnama", ditulis oleh Prof. Emiritus Dato' Dr. Mohamed Ghouse Nasaruddin, guru, penasihat, rakan sekerja dan sesekali lawan bertingkah isu2 seni bila berjumpa. Dengan ucapan terima kasih dan maaf kerana memasukkan gantinama 'SAYA'.
Ia bertujuan utk mengelak saya dari hanya mengenalpasti masalah saja, atau hanya 'fix the blame' atau tunding jari saja (pd org lain), juga agar saya merasa lebih bertanggung-jawab menyelesaikan masalah (fix the problem), lebih pro-aktif (bukan pasif dan reaktif saja), lebih bersemangat utk 'bangun-bangkit' melakukan melakukan perubahan dan pembaikan yg bermula dgn diri saya terlebih dahulu.
Oleh itu SAYA perlu mendidik para birokrat ini tentang kepentingan seni dlm perancangan bandar dan negara, bukan saja sebagai monumen seni bina, tetapi juga sebagai produk ekonomi dgn kesan keuntungan yg berganda.
Pada masa yg sama, situasi ini menuntut persoalan tentang peranan SAYA dengan Balai Seni Visual Negara, Jabatan Warisan, dan Jabatan Kebudayaan dan Seni Negara dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Adakah SAYA dan mereka telah cuai dalam melaksanakan peranan sebagai penjaga dan pelindung warisan menerusi pemeliharaan, pemuliharaan dan transformasi.
Kejadian ini seperti menunjukkan bahawa cara kerja SAYA dan mereka hanyalah tertumpu kepada merumahkan karya2 seni, utk menganjur acara dan mengenalpasti karya2 yg memiliki nilai2 warisan.
SAYA dan mereka telah terlepas-pandang salah satu aspek penting dlm peranan KAMI, yaitu mendidik dan mendidik-semula publik, terutama sekali diri SAYA sendiri dan KAMI semua, juga para pelajar dan pentadbir, tentang pentingnya seni dalam persekitaran fizikal dan intelektual.
Sistem pendidikan yg SAYA terlibat merangka, juga bertanggungjawab terhadap kurangnya pengetahuan tentang seni.
Subjek-subjek seni di sekolah2 dan universiti2 termasuk di universiti tempat SAYA berkerja telah diturunkan kepentingannya ke tahap yg paling rendah, dgn penekanan lebih pada sains dan teknologi.
Hasilnya, para graduat termasuk bekas2 pelajar SAYA yg kemudiannya menjadi pentadbir seni, birokrat dan ahli politik, tidak tahu-menahu langsung tentang peranan dan fungsi seni visual dan seni persembahan dalam struktur arkitektonik kehidupan seharian kita.
(Apa yg patut saya buat, SEKARANG?)
No comments:
Post a Comment