Adik-adik,
Di celah-celah jalanraya
serta lorong-lorong kecil yang menjadi laluan hidup
juga dari drama para penghuninya
yang berbagai-bagai bangsa dan asal keturunan
yang dah bermukim jauh lebih lama dari saya
dan menjadi pewaris keturunan yang merentas ratusan tahun
saya menonton, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh, mengalami
drama seni, warisan dan budaya
yang jauh lebih benar dan terkesan
dari segala yang terlebih
dibuat-buat
dipentas-pentas
dilakon-lakon
digambar-gambar
diceduk-ceduk
direbut-rebut
dikejor-kejor
ditatang-tatang
digaya-gaya
diadun-adun
dihias-hias
diguna-guna
ditunggangi
disyarahi
dibidaah
didakyah
diperalat
dipasar
diperaga
dijenama
diacara
dipancar
dilancar
dirasmi.
Adik-adik,
Berhati-hatilah dengan segala 'kelebihan' yang berlebih atau yang dilaungkan sebagai 'kelebihan' kerana ia mungkin hanya menjauhkan kita dari fitrah.
Mari kita sama-sama 'bangun', untuk mengalami 'pembangunan' dalam ertikata yang sebenar. Tapi kalau tak setuju, tak nak, takpa. Campak je pesan ni. Atau padam je segala tinggalan tapak-tapaknya, tak payah ikut, sendiri buat pilihan. Pi la kejor dan rebut apa jua yang nak dikejor dan direbut. Tak payah gadoh-gadoh, worait.
Ok dik, wa chow dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment