PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Wednesday, 13 July 2016

SENI KOMERSIAL

Seni yg komersial tak salah, wokay. Nabi Muhammad s.a.w pun berniaga. Seni 'enterprise' pun tak salah. Bonda saya masa dia muda hingga dia tua, berniaga dgn menggunakan bakat seni dia. Dia menjadi penanda kpd kemampuan wanita kampung berhijrah ke bandar utk menggunakan bakatnya berniaga dan menyara keluarga yg besar. Dgn Jamaliah Noordin Enterprise, dia berjaya menanggung dan menyekolahkan 9 org anak dgn perniagaan dan bakat seni. Salah ke? Tak elok ke? Tak murni? Tak 'art'? 

Oleh itu, berpada-padalah membina persepsi yg negatif terhadap 'seni komersial'. Jgnlah main bo je, ikat sedap nafsu buat 'fatwa' songsang. 

Yg negatif bukan 'seni komersial'.

Yg negatif adalah tapi sifat tamak, haloba, tak syukur nikmat, dengki dgn nikmat yg org lain dpt, iri hati.

Sifat ni ada dlm diri sendiri, termasuk alim jadian yg menunding pd 'seni komersial' dgn nada yg negatif. 

No comments:

Post a Comment