Saturday 24 February 2018

SETIAP SEKARANG

SETIAP SEKARANG
(Versi berdialog dgn diri sendiri)

1. 
Apa yg aku pilih untuk rasa 'sekarang'?
Syukur? Kasih? Cinta? Gembira? Ceria? Teruja? Kagum? Bahagia? ...atau sebaliknya?
(Tulis besar-besar 'apa yg dirasa sekarang' di tengah2 sekeping kertas kosong. Lagi bagus jika hanya satu perkataan sahaja)

2.
Apa perlu terjadi (dijadikan/dicipta) untuk membolehkan aku mengalami apa yg aku sedang rasai sekarang? 
(Yg ni tak perlu tulis. Hanya ikut saja urutan berikut:)

Mak & bapak aku mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk mak dan bapak aku dijadikan, opah2 dan atok2 aku (sebelah mak dan bapak) mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dgn amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk opah2 dan atok2 aku dijadikan, moyang2 aku mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dgn amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk moyang2 aku yg begitu byk generasi dijadikan, Nabi Adam dan Hawa mesti dijadikan.

Untuk Nabi Adam dan Hawa memulakan keluarga manusia, Bumi mesti dijadikan.

Untuk bumi dijadijan, matahari dan planet2 dlm sistem solar mesti dijadikan

Untuk sistem solar dijadikan, galaksi bimasakti mesti dijadikan

Untuk Galaksi Bimasakti dijadikan, berbilion galaksi mesti dijadikan.

Untuk berbilion galaksi dijadikan, sesawang kosmik (cosmic web) mesti dijadikan.

Untuk sesawang kosmik dijadikan,  alam semesta (universe) mesti dijadikan. 

3.
Sekarang kita jawab soalan di bahagian 2 di atas. 

(Tulis ayat berikut di atas perkataan yg ditulis atas sekeping kertas tadi:)

Seluruh alam semesta dicipta, utk aku berada di sini, membaca ayat2 ini dan merasa......


4.
SELURUH ALAM PERLU DIJADIKAN terlebih dahulu, UTK AKU ADA, sekarang, setiap sekarang, setiap detik, setiap degup jantung.

Jika SELURUH ALAM SEMESTA mesti dijadikan untuk aku merasai apa yg aku rasai sekarang, aku akan pilih untuk rasa.................................. 

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...