Sunday 25 February 2018

MESIN JAHIT SINGER


Teluk Intan 1970an. Bunyi mesin jahit singer, bau minyaknya dan aroma tekstil ditanam dlm minda bawah sedar aku. Mak menjahit dan menjual baju wanita. Dia juga menjual kain batik dan kain2 ela. Dia menjahit langsir, bantal dan cadar; menanam dan menjual pokok2 bunga, menjual perabot rumah dan bermacam-macam lagi. Ide bisnes dia tak pernah kering, mengalir selalu. Dia berkerja kuat dan beribadat taat. Siang di kedai, malam di rumah. Dia rajin, tekun, kuat semangat dan yakin terhadap pertolongan dari Allah. Pada masa yg sama, dia sentiasa menjaga adab, kerja dgn jujur, ikhlas, penuh dgn minat dan cinta. Kerja mencari rezki dimuliakan kerana hasilnya dijadikan sumber membesarkan anak2 termasuk aku. 

Kini aku sudah mempunyai keluarga sendiri. Aku masih mendengar bunyi mesin jahit singer dan menyedut aroma tekstil. Siang isteri aku ke kedai berniaga, mengajar dan membimbing pelanggan yg berminat belajar batik. Malam dia beribadat taat dan tekun ke mesin jahit setia dia. Anak2 aku juga terjangkit. 

Moga Allah murahkan rezki yg membawa kebaikan dunia akhirat utk isteri aku. Dia meneruskan nilai2 yg telah ditanam oleh mak mak kita.





No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...