Saturday 24 February 2018

SENI AKSIHAT


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat performain dan aksihat. Ini adalah fragmen momen hari menguji tugasan utk kursus 'Rekabentuk Antarabudaya' yg sudah lupus pada 2012. Demi mengelak gejala 'syok sendiri je' dlm amalan mereka-cipta, para pelajar telah dipaksa-rela menguji hasil rekabentuk permainan manual interaktif (bukan digital atau elektronik) utk kanak2. Sekumpulan kanak2 dan mak-bapak dijemput utk 'bermain'. Reaksi spontan, respon komen dan penilaian mereka diambil dan dijadikan panduan mengelak prasan. Kaedah ini diteruskan dlm byk program #didikjiwahalus, termasuk #H3ROziarah dan #gemabelas2017. Anak2 ini dan ibu-bapa mereka, adalah audien sasaran, pelanggan penting. Merekalah yg menjadi penilai utama, bukan pensyarah rambut panjang rock kapak yg hanya pandai membuli budak itu. Dia juga mungkin membawa saka prasan seniman yg bukannya peduli sgt 'suara' masyarakat sasaran. Sekian 'rewind' hari Jumaat yg berkat dgn harapan moga ramai yg terasa nak bertobat. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.)

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...