Saturday 10 February 2018

ISMAIL ZAIN, RAHIM RAZALI & NORDIN HASSAN



Jumaat itu berkat, apatah lagi kalau bekas anak murid merangkap kawan datang singgah. Terima kasih Azizan Paiman, kongsi fragmen2 pengalaman dan renungan. Antaranya:
P: 
"En. Hasnul rasa arwah Pak Mail berkawan rapat tak dgn Dato Rahim Razali?"
H: 
"Tak pasti la pulak, tapi masa saya jadi tukang buat set yg Pak Mail design utk teater Cindai tahun 89, saya pernah tengok Pak Mail, Dato Rahim dan Nordin Hasan lepak sembang di cafe KBN (sekarang Aswara) beberapa kali. Apasal tanya?"
P:
"Sebab saya rasa ada kaitan tema antara filem 'Abang' dgn karya 'The Detribalization of Tam Binti Che' Lat', menyentuh tentang Melayu korporat kelas pertengahan dan atas. Filem 'Matinya Seorang Patriot' pun tema sama, tapi lebih tertumpu pada politik orang Melayu dan rasuah."
H:
"Karya cikgu Nordin pun mcm tu jugak, terutama 'Cindai'. Saya masih ingat sebab masa tu saya jadi buruh kontrak buat set dan propsnya. Tapi sentuhan cikgu ni jenis halus, lembut, lawa, gedik, berbunga2 yg makan dalam. Semiotiknya berlapik tebal. Saya cuma curi2 dengar mereka bertiga sembang dari tepi2. Sayang sekali pertalian rentas bidang seni visual, seni filem dan seni teater oleh tiga tokoh besar ni kita tak xplore dlm2. Hang tanya baru saya terfikir. Sekarang ni saya hanya sekali sekala terserempak Dato Rahim berlakon jadi watak org tua dlm drama je. Sayang sekali."

#7tingkatpermai


Sdr Azizan Paiman, ini topeng hitam putih rambut gulung2 utk chorus dlm teater 'Cindai' spt yg saya ckp tadi. Saya buat dgn Fauzin. Chorus ni menyanyikan, "yes yes yes yes yes". Ini gambar semasa kami 'testing' topeng2 tu.


Petikan dari filem 'Abang', penipuan dan melanggar undang2.



Karya Pak Mail "The Detribalization of Tam Binti Che Lat" (atas) dan fragmen set utk teater 'Cindai' (skrip/arahan Nordin Hasan, rekaan set Pak Mail). Lihat kerusi 'pelamin' dan kerusi rotan yg popular sekitar 70an dlm persekitaran domestik org Melayu kelas pertengahan dan atas sekitar lewat 70an-80an. Dlm karya catan, lihat Tam Binti Che Lat yg 'pekat bau  kampungnya' (pinjam kata Pak Mail pada saya) tersepit dlm persekitaran 'urban'; Bandingkan dgn rama-rama yg tersepit dlm celah2 'bar codes' dlm set utk 'Cindai'.



1. Makcik kampung yg di nyah-etnik ke persekitaran berpagar di bandar (Detribalization...)

2. Tokoh korporat balik kampung dgn kereta Mercedes (Abang)

3. Belajar tinggi2 balik kampung jadi bebudak (Abang)

5. Gerbang dan singgahsana kuasa (Cindai)


Semiotik rentas bidang oleh tiga tokoh. 





No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...