Saturday, 24 February 2018

REWIND REKABENTUK ANTARABUDAYA


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bedal gendang depan panggung wayang kulit (kata anak itu la). Ini adalah satu lagi hasil 'rewind' pita VHS yg dah berkulat. Ia adalah momen susulan hari menilai tugasan pelajar utk kursus 'Rekabentuk Antarabudaya' tahun 2012. Kursus ini kini sudah lupus dan failnya juga sudah berkulat dlm simpanan#7tingkatpermai. Ini sessi lawatan muzium oleh sekumpulan audien sasaran. Amalannya berlawanan dgn hukum 'tolong diam', 'tolong jangan bising', dan 'tolong jangan sentuh' yg sering dilanggan mcm fatwa oleh institusi muzium dan galeri. Hukum kanun ini sebenarnya mempasifkan manusia. Kanun saka kolonial ini sebenarnya tak perlu ditaati apatah diimani mcm fatwa. Walaupun kursus itu sudah lupus, semangat kasih dan belasnya masih terus hidup. Ia bergetar di jantung, berdenyut di nadi, bergema di mulut dgn panggilan manja #kebunbunyi dan #gemabelas2017. Sekian, 'rewind' hari Jumaat yg harapnya menyental ketagihan utk mengumpat. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.)

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...