Jumaat itu berkat, apatah lagi kalau bekas anak murid merangkap kawan datang singgah #7tingkatpermai. Terima kasih Azizan Paiman, kongsi fragmen2 pengalaman dan renungan. Antaranya:
P:
"En. Hasnul rasa arwah Pak Mail berkawan rapat tak dgn Dato Rahim Razali?"
H:
"Tak pasti la pulak, tapi masa saya jadi tukang buat set yg Pak Mail design utk teater Cindai tahun 89, saya pernah tengok Pak Mail, Dato Rahim dan Nordin Hasan lepak sembang di cafe KBN (sekarang Aswara) beberapa kali. Apasal tanya?"
P:
"Sebab saya rasa ada kaitan tema antara filem 'Abang' dgn karya 'The Detribalization of Tam Binti Che' Lat', menyentuh tentang Melayu korporat kelas pertengahan dan atas. Filem 'Matinya Seorang Patriot' pun tema sama, tapi lebih tertumpu pada politik orang Melayu dan rasuah."
H:
"Karya cikgu Nordin pun mcm tu jugak, terutama 'Cindai'. Saya masih ingat sebab masa tu saya jadi buruh kontrak buat set dan propsnya. Tapi sentuhan cikgu ni jenis halus, lembut, lawa, gedik, berbunga2 yg makan dalam. Semiotiknya berlapik tebal. Saya cuma curi2 dengar mereka bertiga sembang dari tepi2. Sayang sekali pertalian rentas bidang seni visual, seni filem dan seni teater oleh tiga tokoh besar ni kita tak xplore dlm2. Hang tanya baru saya terfikir. Sekarang ni saya hanya sekali sekala terserempak Dato Rahim berlakon jadi watak org tua dlm drama je. Sayang sekali."
#7tingkatpermai
No comments:
Post a Comment