Wednesday 21 May 2014

ZIARAH KEBUN LAMA




Menziarahi para sahabat tegar yang terpelanting ke tapak-tapak kebun yang pernah saya buka dan usahakan di Sarawak dan Sabah dulu, adalah penawar yang mujarab. Mengadap dan menjamah juadah perut secara berjemaah, adalah ubat yang berkesan. Berkongsi getaran dengan anak-anak muda yang merantau jauh mencari ilmu hingga ke UNIMAS dan UMS, adalah penyembuh semulajadi yang menyah-toksid. 

Kepada kawan-kawan di UNIMAS, terutama Anuar Ayob (dan isterinya Ikin yang jamu masakan ala-Italy dan kemudiannya nasi ayam dgn sup power), Dr. Wan Jamarul yang masih rajin sedekah senyum, Dr. Hasnizam yang masih tak hilang sentuhan listrik gitarnya, Zulkarnain yang masih maintain sideburn Elvisnya, As yang kecil cili padi, Nain dan Masing bangla import yang taat, Din 'Mr. Malaysia' yang semakin seksi, Rasyid yang masih tak hilang business acumen nya, Dr. Afifah yang sudi jemput nonton rehearsal teaternya, para pensyarah Seni Visual di FSGK yang masih sudi dengar leteran saya, dan para pelajar tahun akhirnya yang masih tercari-cari diri, saya hantarkan gelombang salam kasih pada semua. Terima kasih tak terhingga kerana masih tak serik melayan ziarah saya kembali ke kebun lama. 

Kepada kawan-kawan di UMS, Fuad, Zaime, Yati, Dr. Baharuddin Arus, Johari, Amirul, Addley dll, juga para pelajar tahun akhirnya, saya hanya mampu balas dengan doa je.

Hargai dan peliharalah kebun masing-masing dengan penuh kasih-sayang, sementara kita masih diamanahkan menjadi pekebunnya, dan sebelum sampai masa kita perlu (atau diarahkan) meninggalkannya.   

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...