Masuk kandang rimau, mengaum. Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang Sekolah Seni UMS (kini digelar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan), saya lupa mengaum mahupun mengembek. Cuma sebut "Fuyooooo....".
Sekali lagi, persis ritual tahunan, saya kembali ke kebun lama tempat saya membenih tapak untuk program sarjana muda Teknologi Seni Visual, di UMS. Ziarah saya pun berkat kesudian rakan-rakan di UMS yang agaknya tak serik menjemput untuk meninjau dan menilai hasil kebun (projek tahun akhir para pelajar Teknologi Seni Visual). Sejak kali pertama ke Sabah semasa masih menuntut di UiTM dulu (1987), ia sudah menjadi antara destinasi wajib untuk saya kunjungi setiap tahun (selain dari makan makanan laut bakar di Pasar Filipina). Sebah dekat di hati.
Saya terkejut dan teruja disambut enam diorama gagah, dramatik dan amat bernafsu seolah-olah memasuki ruang lobi sebuah pawagam. Saya diberitahu oleh Aznan Johary (pelajar yang menjadi pemandu sambilan untuk saya) dan Amirul (bekas pelajar yang kini sedang menyiapkan tesis sarjana) bahawa diorama penuh ghairah tersebut dihasilkan sebagai promo untuk lima projek filem pendek dan satu dokumentari pelajar. Ini diikuti pula oleh perang poster, ambiance advertising dan booth untuk lapan animasi. Semuanya boleh diberi markah tinggi dalam skala 'gempak'. Dalam dunia yang mabuk dibebas, dikebas dilibas ekonomi global yang sengit bersaing dan berperang secara saraf, kemahiran dan kepintaran membuat 'gempak' memang diperlukan. Ia berfungsi membina kemenangan moral dan psikologi, ataupun mencipta persepsi, kekaguman serta keterujaan. Syabas!!
"Mengayau Kaum Murut" oleh Helmy Mohd Ramlee |
"Tanggung Pengawa" oleh Muhammad Nurdin Mustain |
"Jessie", animasi comel oleh Carmen yang cuba mempopularkan alat muzik sape Sarawak kepada golongan kanak-kanak. |
Yang paling ghairah berkarya menerusi filem pendek (yang panjang nafsunya) ialah lima pelajar - Mohamad Sopi Mat Hashim, Muhammad Nurdin Mustain, Helmy M Ramlee, Alfersons Afandy Jakius dan Ridhuan Seman .
Mohamad Sopi paling rajin dengan bernafsu besar buat filem aksi yang boleh dikategorikan sebagai 'melampau' untuk seorang pelajar. Kesungguhan beliau meredah dan merempuh risiko membuat pengambaran aksi tembak-menembak atas laut dan dalam hutan boleh dijadikan contoh. Begitu juga dengan Nurdin, yang berani-mati bermain dengan cerita penyiasatan ala-CSI dengan plot serta suntingan 'non-linear' yang kreatif.
Mohd Sopi beraksi macho depan front cinema ambiance showcase nya. |
Yang paling mengujakan adalah filem 3D "Mengayau Kaum Murut" oleh Helmy, yang menggambarkan budaya 'pemburu kepala' suku kaum Murut dahulu. Mungkin saya ketinggalan zaman, tapi belum pernah saya tonton filem pelajar dalam bentuk 3D siap dengan cermin mata 3D. Memang 'gempak', tapi sayang sekali, gempak pada pakai cermin 3D je. Pada saya, Helmy sepatutnya memandu teknik 3Dnya menerusi produksi video digital dalam konteks pemasaran pelancongan, bukan dalam konteks tayangan filem cereka di pawagam. Teknik 3Dnya mungkin lebih sesuai diguna untuk memaparkan visual spectacle dalam shot-shot pemandangan atau landskap mendatar (horizontal) di Malaysia (seperti di tepian pantai, atau di gunung Kinabalu), lengkap dengan objek-objek foreground, middleground dan background yang disusun dalam olahan 3D. Shot-shot ini boleh dipapar menerusi susunan beberapa flat screen tv yang memanjang, atau dipancar secara pemetaan video yang besar dan gah di dinding bangunan-bangunan ikonik. Atau mungkin juga visual khazanah alam laut yang terkenal di Sabah, yang boleh dipancar ke lantai dan ditonton dari aras tinggi dengan kacamata 3D yang boleh membuatkan penonton ber'wooooo', 'fuyoooooo', 'waaaaaaa'. Helmy juga boleh menggabung teknik 3Dnya dengan sistem pancaran video cosmodome (180 darjah) dengan penonton berbaring. Lagipun, anda bukanlah diwajib-tayang buat filem kerana ijazah anda adalah Teknologi Seni Visual. Kalau nak belajar, sila datang ke USM, jumpa saya dan rakan saya yang memiliki cosmodome.
Filem animasi yang paling menonjol hadir dari kerja Carmen Cheang, Iffah Hazirah (yang mencipta permainan komputer) dan Hannah Kong.
Apa yang menarik tentang kerja para pelajar ini adalah sifat gotong-royong mereka. Dengan bantuan rakan-rakan dalam program, mereka mengamalkan semangat gotong-royong ala-orang kampung dalam menyiapkan filem masing-masing. Semuanya mengambil giliran menjadi pelakon utama, pelakon tambahan, pak pacak, stuntman, dengan segala tugas-tugas balaci yang lazim diperlukan ketika produksi. Ini merupakan satu perkara yang lumrah. Budaya sebegini patut diteruskan kerana menghasilkan filem adalah kerja berpasukan, bukan stim sendiri sorang-sorang dalam studio.
Walaupun
tidak mengikuti kurikulum khusus untuk bidang filem, usaha dan kesungguhan mereka
mengalahkan pelajar filem. Halal segala pengorbanan merantau jauh-jauh
untuk mengejar segulung ijazah. Dengan bermodal projek filem
mereka, tidak ada masalah untuk masuk dalam industri. Yang pasti, potensi untuk kerja dengan Yusuf Haslam atau anak-anaknya, amat besar. Ada juga yang saya galakkan mohon biasiswa untuk sambung belajar, kalau boleh, di luar negara, dalam jurusan perfileman.
Filem-filem pendek mereka kebanyakannya tak pendek. Ada yang memakan masa dari 20 hingga 30 minit. Keghairahan mereka menyumbat segala ilmu yang telah mereka pelajari perlu dipuji. Keghairahan mereka me'nasi-kandar'kan segala teknik naratif, pengolahan skrip, penulisan dialog, permainan kamera, suntingan dan efek pasca-produksi boleh difahami, apatah lagi dengan jiwa muda. Keghairahan dan nafsu untuk berkarya amat penting. Saya tabik.

Jiwa muda juga mungkin membuat mereka memilih tema atau topik dan genre aksi keras-keras yang penuh dengan adegan lawan, bertumbuk, bergasak, bertekak, berbunuh, rogol, buli, pukul, jerit-pekik dan menengking-nengking. Saka panas ni sekarang ni popular, baik dalam realiti mahupun fiksyen, baik dalam politik, ekonomi, sosial mahupun budaya, semuanya 'panas', walaupun rancangan "Melodi" sibuk pesan "jangan bikin panas".
Pengaruh filem anak Yusof Haslam (gensterisma, lawanisma, perangisma) amat kuat dan baunya pekat, buat saya sedikit mual. Tapi ini saya lah, penonton lain mungkin suka kot, terutama Yusof Haslam. Bahasa naratif visual dalam filem mereka amat terikut dengan filem-filem arus perdana popular Melayu, juga drama-drama popular Melayu yang adakalanya dah basi dan boleh mengakibatkan cirit-birit (mungkin saya sorang je). Kalau tak setuju takpa, buang je dalam longkang (dengan aksi ganas gansterisme!).
Ada beberapa klise yang sakanya susah nak buang. Contohnya, zaman sekarang ni, orang jahat masih pakai lagi ke stail ketawa dan senyum serta lirik mata 'orang jahat' seperti yang telah dibaku dan dikanunkan oleh filem-filem popular sejak tahun 1950an dulu. Orang jahat mukanya mesti buruk-buruk je ke? Orang baik-baik (hero) mukanya hensem-hensem macam Aron Aziz je ke?. Kejahatan tak datang dalam bentuk yang jahat dan buruk yang klise. Setan kalau datang nak menghasut kita, dia tak buat announcement, "Hellooo!pengumunan!pengumunan! saya setan! saya jahat! saya datang ni, nak ganggu dan hasut awak!".
Kejahatan datang secara halus. Ia berselindung di sebalik topeng 'kebaikan', siap dengan serban, ketayap, songkok tinggi, baju batik, baju kot bertali leher, jubah, baju Melayu siap dengan samping, kata-kata manis, retorika mengasyikkan, pujukan mendayu, ayat-ayat power, dan segala yang terlalu mudah dicop secara otomatis sebagai baik oleh mereka yang terhad pandangan batinnya.
Disebabkan filem-filem mereka tak pendek, banyak juga hal yang boleh dikutip dari segi rekabentuk produksi. Contohnya, baju seragam singlet gengster warna hitam buat saya berfikir mungkin genster sekarang ni juga ada imej jenama, selain dari pandai menggayakan rambut, mungkin ada penaja gel rambut.

Saya faham, tentulah dalam keghairahan, mereka dilemaskan oleh kekurangan ilmu
asas pengarahan, termasuk dalam soal pemilihan tema atau topik dan
teras cerita yang sesuai (dengan pengalaman masing-masing), pembinaan
dan pengembangan watak, casting yang terhad dikalangan kroni,
plot dan suntingan.
Cerita yang dipilih mungkin tidak direnangi
(dikaji) sedalam-dalamnya, apatah lagi semuanya tidak dialami, dilalui,
dirasai atau ditempuhi sendiri oleh mereka, baik dari segi fizikal,
mental, emosi, malah spiritual. Kebanyakannya dikutip secara sekunder,
dari sumber-sumber popular seperti akhbar, majalah, televisyen, sembang-sembang mulut, umpatan dan gosip, atau dicuri dari media sosial.
Muzik latar yang mengaum tanpa henti sepanjang masa hingga menenggelamkan dialog (ada yang ambil muzik signature filem lain) boleh membuat penonton terpaksa makan panadol activefast dua biji. Lakonan pula, dengan watak-watak yang ramai, yang dibawa oleh kawan-kawan yang tiada asas lakonan, boleh tergelincir menjadi 'raja lawak'. Adegan lawan dan bergasak, kalau tak dikoreografi dengan cerewet dan teliti, boleh jadi adegan beromen atau foreplay antaran pasangan gay. Banyak watak, dialog dan cerita yang ingin dibina berkait orang dewasa dan tua, antara usia 30an hingga 70an, yang tentu sekali sukar dibawa oleh pelakon (tidak berpengalaman) yang masih terlalu muda (20 - 23 tahun).
Membina cerita (yang ada plot dan subplot yang merumitkan), watak-watak (kebanyakannya terlalu ramai), mengembang watak-watak yang ramai menerusi mood dan ekspresi yang boleh dipercayai, mengarah lakonan, menata cahaya, memilih setting, merekabentuk produksi (kostum/busana, set, props dll) kesemuanya merupakan kerja yang rumit. Ini tidak termasuk kerja-kerja pasca-produksi seperti teknik suntingan dan adunan audio (antara muzik latar dan dialog serta audio ambiance). Kesemuanya boleh merosakkan mood menonton jika tidak boleh dilakukan dengan baik. Lebih panjang filem, lebih banyak risiko.

Kemahiran
teknik saja tidak cukup. Hanya tahu bercerita (dalam bahasa
kamera dan suntingan), saja, tidak cukup. Perlu fasih 'merasa', atau mampu membawa
penonton untuk 'merasa'. Sudah tentulah sukar untuk membawa penonton 'merasa' jika
mereka sendiri tidak pernah rasa, tempuh, lalu dan alami watak-watak dan cerita yang digarap. Semuanya berpotensi men'doremon'kan filem yang sepatutnya serius dan brutal.
Nasihat saya, buatlah filem tentang sesuatu yang sangat dekat dengan kita, yang pernah kita sendiri lihat, atau lebih baik lagi, yang pernah kita sendiri alami, lalui, rasai. Bila sudah diderafkan cerita dan skrip awal, sunting serta rombaklah berkali-kali, hingga menjadi seringkas-ringkas (namun padat berisi). Biar sikit, tapi pekat, padat dan tepat. Bawalah cerita dengan rasa yang jujur, terutama sekali yang pernah kita alami. Itu lebih afdal. Membikin cerita yang kita tidak begitu 'merasa' boleh tersasar menjadi 'eksotik' je, apatah lagi jika ia berkaitan dengan budaya tradisi di Sabah. Jika tak berhati-hati, boleh tergelincir menjadi paparan Sabah menerusi lensa 'neo-coloninialisma' yang hanya melihat dari sisi romantis yang cetek serta dipentas-pentas.
Gitupun, saya masih tabik pada adik-adik ni atas semangat mereka. Dengan keghairan dan semangat yang ada, mereka boleh pergi jauh, boleh memperbaiki kelemahan dan memandu potensi diri kerana masih muda. Melihat pada keghairahan para pelajar ini, rasanya sudah tiba masa untuk UMS menawarkan program khusus untuk filem.
Kepada adik-adik para pelajar di atas, maaflah atas sebarang kesilapan, ketersasulan, keterlajakkan kata dalam ketata-susilaan saya semasa mengkritik anda semua. Anggaplah semuanya sebagai rezeki dan anugerah dari Allah. Saya telah dijemput dan dibayar (amat murah jika dibanding dengan pelakon profesional) untuk melakonkan watak itu. Saya harap saya telah melakonkannya dengan baik, dan harapnya bermanfaat, disamping menghiburkan.
Saya kirimkan doa buat anda, ibu-bapa dan semua guru-guru yang mengajar anda.

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/01/matrix.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2013/01/matrix-ums-2013.html
No comments:
Post a Comment