Wednesday 11 August 2021

RM50 TRILION YG BERCAHAYA & BERGEMA

 RM50 TRILION YG BERCAHAYA & BERGEMA


Ruang Menggema (RM) 50 trilion sel ada dlm badan kita. Setiap sel terkandung dlmnya bilangan atom2 yg tak terkira. Dlm setiap atom ada partikel2 bercaj positif & negatif berputar dlm frekuensi (orbit) yg telah difitrahkan tanpa henti, dlm simetri (imbangan). Putaran itu akur & taat pada fitrah. Putaran itu menggema tenaga & cahaya. Patinya Rahman & Rahim. Maksudnya Yg Maha Kasih & Yg Maha Belas (Pengampun). Memberi kasih & memberi maaf kedua-duanya berpasang. Dua-dua dipacu 'percaya'. Percaya itu bercahaya. Cahaya itu tenaga. Ada dalam diri setiap dari kita. 

Rahman & Rahim diulang berkali-kali dlm sehari, agar sebati. Walau apa jua julat warna & corak jalinan hidup yg dialami, yg kasih & belas dijadikan getaran 50 trilion sel agar bercahaya, agar segala yg jahat & kesetanan (anti fitrah) lupus dlm cahayanya.

Kedua-duanya tertanam, terlindung & terhijab sebalik ayat2 yg melata pd segala yg diCipta, dari yg kecil di muka bumi ke bimasakti, galaksi & seluruh alam. Mata hati yg jernih boleh menyaksinya. Itulah dipanggil penyaksian, 'aku jadi saksi', kata kunci bersakti. Kedua-duanya tertulis sbg ayat2 yg  berulang-ulang dlm Quran utk dizikir agar fikir yg keakuan itu cair dalam infiniti. 

Rahsia dualiti (berpasang-pasangan), putaran & imbangan telah diwahyu & diamali Nabi utk mereka yg mahu mewarisinya, mengamali imbangan akal & kalbu. Putaran yg bergetar ini mencipta simfoni fitrah yg indah penuh Kasih & Belas. Semuanya ada getaran tersendiri, pelbagai warna. Semuanya peminjam cahaya. Semuanya, dari sekecil2 partikel sub-atomik hingga ke fenomena kosmik, dizahir dari Cahaya Medan Kearifan Infinit Yg Tunggal.

Semuanya saling-bertaut. Semuanya akur pd hukum2 berikut:

Hukum Resonan,

Hukum Polariti,

Hukum Relativiti,

Hukum Sebab & Akibat,

Hukum Pertumbuhan,

Hukum Infinit.


Mahakarya hanya mampu disalin sbg karya manusia yg sentiasa merendahkan diri. 

Huku2 inilah yg dimuliakan sebagai fitrah. Pilihlah utk bertaut & getarkan kasih & belas dalam SALAM SEJAHTERA. Itu getaran berkawan & mengaman, bukan berdengki & memerang. 

Biar getaran itu terus bergema melimpah tanpa henti. Mula dgn SALAM kiri & kanan utk 50 trilion sel dalam badan yg memberi kita pengalaman berjasad. Moga yg membaca ini bergetar dlm limpahan Cahaya Yg Sejahtera. Moga ia merebak menular menjadi limpahan cahaya atas cahaya.

Salam sejahtera.





No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...