Macam mana nak cipta ruang bunyi sejahtera yg menyihat & memulih?
Deria yg pertama yg terbentuk ketika kita dlm rahim adalah bunyi. Sebelum dilahirkan kita semua mendengar resonan sejahtera dlm rahim. Resonan adalah gema atau gelombang yg terhasil dari getaran tenaga dlm julat frekuensi tertentu, menerusi sesuatu medium, udara & air contohnya. Cuba dengar 'ultra-sound' bayi dlm rahim.
Resonan dlm rahim terhasil dari gabungan degupan jantung bayi dgn degupan jantung ibunya. Degupan jantung ibu kita menggetarkan gelombang tenaga yg paling hebat di dunia - yg kita panggil kasih & belas. Kasih & belas hadir dari rasa (perasaan atau emosi, bukan fikir) dlm hati ibu kita.
Kasih & belas adalah zikir. Kita dibelas (dirahimi) dgn zikir ini selama 9 bulan. Ini resonan fitrah.
Resonan ini juga ada pd bumi & alam semulajadi, pada pokok2 & tumbuh-tumbuhan. Mereka berzikir. Telinga kita tak dpt mencerap atau mendengarnya, tapi ia ada.
Jika kita menzikirkan kasih & belas dlm perasaan kita (spt ibu kita ketika kita dlm rahimnya) kita berharmoni dgn resonan bumi & alam semulajadi. Kita dipulihkan, disembuhkan, disegarkan, kembali pd fitrah. Ini adalah asas kpd kitaran kehidupan yg fitrah, sejahtera, aman, sihat.
Sebaliknya, jika hati kita menjeritkan benci (walau tanpa suara, tanpa kata, tanpa perbuatan membunyikan apa2), kita memusnahkan resonan sejahtera yg amat halus itu.
Setiap kita ada 'signature waves' atau gelombang diri berdasarkan kualiti emosi yg dominan dlm hati kita. Walaupun mulut diam, badan tak buat apa2, kita ada gelombang diri ini. Ada yg beresonan (berzikir) ada yg disonan (bising, kacau, keruh). Bayangkan jika semua manusia boleh dengar fikiran & perasaan masing2?
Bumi & alam semulajadi, boleh dengar suara fikir dan perasaan kita. Binatang juga. Sebab itu, binatang liar selalunya akan lari dari kita. Kita 'bising'.
Adakah ruang bunyi dlm persekitaran binaan urban kita kini terisi dgn resonan sejahtera yg fitrah? Bagaimana pula di tempat kerja, di pejabat, di premis2 seperti hospital, pasar, dan parlimen?
Bagaimana dgn persekitaran di luar & dalam rumah kita? Bagaimana dgn ruang media, termasuk media sosial yg kita akses melalui telefon bimbit kita di mana2 jua? Adakah kandungan yg kita layan dlm 'feed' (utk kita hadam) itu resonan atau disonan? Menyihat, menghidup, atau menyakit & memusnahkan.
Adakah emosi harian kita berharmoni dgn resonan sejahtera bumi & alam semulajadi? Atau ia ber'disonan' (melawan/ingkar) kpd resonan sejahtera itu? Tolonglah pilih dgn baik2 - resonan sejahtera atau disonan memusnah.
Kualiti ruang bunyi kita adalah kerja kolaboratif, bukan kerja sorang2, sama seperti kumpulan pemuzik, atau orkestra. Saya panggil 'kebun bunyi'. Ia boleh menghasilkan simfoni zikir yg indah, boleh juga kebisingan yg punah.
Tolonglah beri peri-hatian pada kualiti ruang bunyi kita, agar terus dlm resonan sejahtera. Tolonglah lakukan secara berjemaah.
Satu cara yg boleh kita lakukan adalah menanam, menjaga, menyiram, menyubur pokok. Tanam dari benih, walaupun boleh beli pokok yg dah besar. Walaupun ada ruang kecil, tanamlah pokok. Jaga dia. Berikan kasih & belas. Siram, bubuh baja kompos, belai, cakap pada dia. Kalau tak pandai, belajar dari mereka yg pandai. Ada ramai di luar sana.
Tengok benih2 tu tumbuh, tiap pagi. Sambil tu berdoa, berzikir. Sambil tengok, sebut kata2 yg elok2, "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar - kau cantik, kau sihat, kau baik. Sama2 kita pulih, rezki ngalir, kita bersyukur, kita 'happy'...."
Sekali-sekala bergelumanglah dgn tanah & air di bumi. Tanah ada 'anti-depresi' semula jadi. Takyah telan pil2 penenang. Biar tapak kaki kita sentuh tanah. Atau dahi kita! Bumi berhubung dgn kita menerusi tapak kaki kita. Memang boleh guna hidroponik, tapi guna tanah tetap terbaik. Kawasan kecil pun takpa. Janji ada pokok.
Seperti kita, setiap pokok ada 'signature waves' dan resonannya. Setiap pokok berzikir. Setiap satunya unik. Jika ada angin sepoi2, atau hujan ringan, kita boleh dengar. Kita juga dengar ketika menyiram pokok2 kita. Kita rasa aman, damai, tenang, sihat, segar. Itu fitrah asal kita di alam rahim ibu.
Simfoni ini menebat bising yg disonan, juga menebat udara kotor, dan menebat gelombang tenaga 'halus' yg tak stabil. Ia bertindak persis 'penapis', malah ada ketikanya, kubu pertahanan. Sebagai seorang pengkarya seni visual, saya anggap seni bertanam & berkebun sebagai 'public art', 'public sculpture', 'environmental art', 'space hacking, intervention & rejuvenation'.
Pernah tak dengar zikir pokok2 di laman rumah anda ketika menyiram? Cubalah diam, siram dan dengar.
Ini contoh suara pokok2 saya.
Jomla, tanam pokok & mandi dlm resonan zikirnya.
Salam sejahtera buat semua.
HASNUL J SAIDON
Ogos 2020
#inapilmu #kuantumnusantara Rumahtokcu
No comments:
Post a Comment