"BERAS SUDAH TERBAKAR, KITA JUAL AKAR"(2000)
Single-channel video on monitor, coconut shells, black (burnt rice), painting, black cloth, blue florescent light
Size
2.5m x 1.5m x 1.5m
LIFA 2000 – Langkawi International Festival of Arts, Ibrahim Hussein Museum & Cultural Foundation (IHMCF), Langkawi
Masih segar dlm ingatan, Studio Pak Ib (Ibrahim Hussein) yg terlalu bersih dan kemas. Tiada kesan tumpahan cat di lantai. Saya pun mengambil keputusan utk melakukan kerja2 comot utk karya saya di luar.
2006, saya kembali ke IHMCF bersama dgn rakan2 dari Mgtf Usm . Nasib kami baik, Pak Ib berada di situ. Dia melayan kami dgn mesra, bercerita seperti biasa. Sehingga menghantar kami ke van utk pulang, dia masih bercerita. Pak Ib ialah seorang tukang cerita semulajadi.
Saya juga pernah ke rumah Pak Ib di Bangsar. Ceritanya, mungkin saya simpan dulu.
Saya berjumpa dia sekali lagi di perasmian Pameran solo Ahmad Fuad Osman berjudul "Dislocated" yg saya kuratorkan. Kemudian di galeri yg pernah diusahakan oleh Sooshie Sulaiman. Pak Ib bercerita tentang pengalamannya semasa di Geneva. Saya yg perlu bergegas pulang ke Kuching Sarawak ketika itu, disuruhnya menukar jadual penerbangan, utk mendengar cerita dia. Kasut kulit saya ditegur, "ni kasut orang kerja gomen" sambil mengingatkan saya agar terus menjadi seorang pengkarya, bukan birokrat.
Saya terserempak dgn Pak Ib dan Sim sekali lagi di satu majlis Anugerah CHT dan makan mlm di George Town, P.Pinang. Pak Ib menerima satu anugerah. Sewaktu berlegar di lobi sambil foto2 tetamu dirakam, Pak Ib dan Sim memanggil saya dari jauh, "Hasnul, come here!" Dia tarik tangan saya sambil menyuruh saya berdiri di tepi dia. "We dont really know most of these people....." dan panjang lagi mereka mengomel. Kami berbual, diselang-seli sapaan dan salam peminat2 Pak Ib. Masuk ke dewan, Pak Ib memaksa saya duduk di meja dia. Saya menolak, kerana meja saya sudah ditentukan oleh penganjur. Dia berkeras, "dont worry, you just take my daughter's chair. She's not coming." Saya akur. Sepanjang malam itu, saya dihidangkan oleh Pak Ib dgn cerita zaman dia kecil hingga zaman dia merantau ke England. Bila mengengar loghat Kedah keluar dari mulutnya, saya terasa bahawa budak kampung Sungai Limau, Yan, Kedah, masih pekat dalam diri dia.
Walaupun pernah membaca kisah hidup dia dari buku, mendengar sendiri dari mulut Pak Ib adalah suatu pengalaman dan rezki Tuhan yg amat2 saya hargai dan syukuri sepanjang hayat.
Sehingga ke hari ini, saya merasa hairan campur bertuah kerana Pak Ib & Sim melayan saya dgn baik sejak mula mengenali mereka menerusi Sooshie Sulaiman. Walaupun amat segan dgn reputasinya dan adakalanya tidak biasa dgn gaya kemewahan yg melingkari dia, saya hormat dgn Pak Ib sebagai seorang guru dan bapa yg penyayang. Ketika itu, saya hanyalah pelukis muda yg baru kembali ke tanah air, dan baru cuba menempatkan diri dlm arena seni visual tempatan.
Alfatihah buat Pak Ib.
#ibrahimhusseinlangkawi
No comments:
Post a Comment