Ni 'sketches' kawan aku, Mohd Noor Hashim. Dulu satu bilik di asrama Perindu UiTM. Dia ambil jurusan rekabentuk industri, aku ambil jurusan seni halus. Sketches aku atas kertas, sketches dia atas tanah.
Tiap kali ke Kelantan mesti jumpa dia. Sekitar kawasan rumah dia, dijadikan tapak utk R&D dan studies dia, persis makmal utk mengkaji bahan binaan. Termasuklah juga kajian tentang elemen2 rekabentuk, bahan & landskap Nusantara spt Langkasuka & Bali. Kajiannya bertahun2 sebab nak lihat sendiri kesan alam, cuaca & waktu terhadap kayu. "Ni sketches aku je" dia kata. "Sketches sampai keluar berjuta2" aku kata.
Dia ni pemikir falsafah 'pembangunan' yg lestari. Walaupun takda phd, aku yg ada gelaran 'prof madya' ni yg byk belajar dari dia. Ilmu dia ilmu lalu, bukan setakat tahu & goreng teori je macam aku. Lalunya dah rentas lebih 30 tahun. Meliputi byk dimensi termasuk rekabentuk industri, perabot, pameran, ekspo, dalaman, landskap, kediaman, bangunan, masjid, galeri, taman perumahan, pembangunan hartanah, kejuruteraan bahan & R&D teknologi binaan, dan terkini, sistem ekonomi bebas riba, pelaburan emas & perak.
Visinya adalah bandar sejahtera berpaksi Tauhid, Quran, Sunnah, Syariah, berpusat pencerahan kalbu umat manusia, dgn sistem perlaburan bebas riba & menggalakkan kebaikan secara infaq sebagai pemacu ekonomi.
Aku kata giler kau ni matnor!
Tapi bila direnung & diperi-hati betul2, Mohd Noor yg waras, kita semua yg giler.
Majoriti dari kita bersikap absud dlm cara kita mengamalikan apa yg kita angkat sebagai 'pembangunan'. Selalunya, berperangai seperti virus, yg menjahanam & memusnahkan hos atau rumah/tanah yg asalnya ditumpang je. Udahla, jom tobat ramai2.
(Aku tambah dlm posting ini beberapa peta minda dari buku tentang kosmologi lestari & ekologi spiritual yg baru habis dibaca:
"Living Pathways - Meditations on Sustainable Cultures & Cosmologies in Asia"
M. Nadarajah, Areca Books, Penang, 2013. Aku kongsi sikit je 'problem statements', kot ada yg 'in denial' acah dgn ayat selamat 'itulah realiti kehidupan'. Aku takut terkirim penampor batin je, secara tak sengaja.)
No comments:
Post a Comment