Apa itu
#SENAFAS-SENADI?
Bahagian 1.
Teknologi penjanaan imejan visual secara digital kini membolehkan manusia mengintai dimensi yg tidak terjangkau oleh pancaindera. Pemprosesan data2 yg sebelum ini tidak dpt dilaksanakan secara manual, kini boleh dilakukan dgn pantas secara digital. Hipotesis sains kini boleh diuji secara simulasi digital utk mengusulkan teori2 baru, termasuk yg berbentuk spekulatif atau proposisi.
Dalam kerencaman penerokaan saintifik ini, terdapat satu proposisi bahawa semua fenomena alamiah, dari sehalus zarah partikel sub-atomik hingga ke galaksi dan objek2 di langit, akur & taat pada hukum alam. Ketaatan ini tergambar secara formal dan visual dlm bahasa matematik & geometri. Bahasa ini merentas dimensi sub-atomik yg tertakluk pd prinsip2 kuantum hingga ke dimensi makro yg tertakluk pd prinsip2 fizik klasik.
Manusia itu sendiri adalah sebahagian dari fenomena alamiah yg amat luas. Manusia dan seluruh fenomena alamiah adalah 'senafas-senadi', sepertimana ombak2 kecil dlm lautan yg amat luas. Segalanya saling-bertaut dlm satu simfoni kosmik.
Bahasa matematik & geometri senafas-senadi ini menjadi 'tanda-tanda' untuk disaksi, dibaca, difikir & dizikir oleh manusia. Bahasa ini ada di mana2 persekitaran alamiah. Malah, bentuk2 objek tradisi dari pelbagai perdaban2 manusia (dari kata kunci 'adab') yg dahulu, byk menampilkan bahasa 'senafas-senadi' ini terutama dlm bentuk geometrik. Ini termasuklah objek2 tradisi di wilayah Nusantara, yg mungkin boleh dimuliakan sebagai bahasa #kuantumnusantara. Malangnya, ia sering direndah2kan oleh kesombongan wacana modenisma sebagai 'sekadar kerja kraf membuat corak'.
Bahasa 'senafas-senadi' ini sudah wujud beratus-ratus tahun, jauh sebelum munculnya kecanggihan teknologi penjanaan imejan digital, teori2 fizik kuantum & penemuan2 saintifik terkini. Ia menjadi sebahagian dari bahasa senafas-senadi yg menyatu umat manusia.
Istimewanya manusia itu pula adalah kerana merekalah yg menjadi 'penyaksi yg sedar' (conscious witness or observer) terhadap tanda2 bahasa ini. Instrumen penyaksian itu adalah pancaindera. Hasil penyaksian yg terkumpul, diproses oleh 2 anugerah penting - akal & kalbu. Kalbu yg dibersihkan oleh zikir, akan mencerahkan akal yg berfikir dan membangunkan jiwa yg tunduk menyerah.
Adakah jiwa manusia sejagat sudah 'dibangunkan' dari 'pembangunan' yg lena & hanyut?
Dikongsi sini 80 visual utk basuh mata. Didoakan agar dpt menjadi prelud atau pramula utk kita sama2 bangun. 80 visual ini adalah sebahagian dari beribu2 data visual yg telah aku kumpul, catat, renung, kaji, banding, taut, kait, anyam dan lukis, sepanjang 10 tahun lepas.
#inapilmu
#senafassenadi
#kuantumnusantara
#RumahTokCu
No comments:
Post a Comment