Zaman bangun yg sedar sedang muncul. Ia adalah manifestasi
tingkat kesedaran manusia sejagat, dari pintar yg lena ke bangun yg sedar.Zaman bangun yg sedar sedang menyusul zaman informasi. Puncak zaman informasi sedang berlaku sekarang. Kita dipuncak zaman ini. Puncaknya ditandai oleh kepintaran. Bukan kepintaran manusia sj, tapi kepintaran buatan. Akan timbul byk krisis.
Apa selepas pintar? Apa yg lebih tinggi makamnya dari kepintaran? Itulah bangun yg sedar.
Zaman bangun yg sedar preludnya adalah ledakan krisis pemulihan. Ini adalah projeksi toksid kolektif yg perlu keluar serta timbul dari minda separa sedar manusia. Ia adalah sebahagian dari denai ke arah zaman bangun yg sedar.
Selain kepintaran buatan sbg prelud, zaman bangun & sedar dipacu oleh sintesis kosmologi tradisi dan kontemporari. Juga kesedaran massa tentang dunia kuantum dan sifat medan tenaga.
Pertukaran & komoditi ekonomi yg bakal muncul pada zaman bangun yg sedar adalah frekuensi tenaga yg lebih halus, skala kuantum.
Apa itu tenaga halus? Tenaga adalah struktur atau kerangka yg tak nampak di skala kuantum. Ia adalah corak atau aturan yg ghaib. Ia adalah kepintaran atau kecerdasan yg dipacu nilai2 tak berjasad, luar capaian 5 pancaindera.
Segalanya dalam alam semesta ini bergetar. Tubuh kita. Fikiran kita. Setiap atom, bintang dan bunyi.
Dalam tiap getaran ada frekuensi.
Frekuensi adalah kadar sesuatu getaran. Ia menentukan bagaimana tenaga dizahirkan, dari gelombang otak yg tenang kpd ribut taufan.
Getaran tidak berlaku dlm kekalutan. Ia ada acuan dan bentuk. Ia ada pola. Polanya geometri. Geometri menjadi peta frekuensi. Geometri ini sudah ada dlm kosmologi tradisi kearifan tempatan. Pergilah gali kembali.
Bunyi mencipta rupa. Ia digelar cymatics. Bila frekuensi bunyi merentasi air atau pasir, ia mencipta corak geometri. Lebih tinggi frekuensi, lebih kompleks geometri. Frekuensi kita menentukan realiti kita.
Oleh itu bila kita menaikkan kadar getaran kita, itu bermaksud kita berselari dgn geometri tinggi atau satu medan tenaga kuantum yg koheren dan beresonansi. Jika kita bersenadi dgn medan ini, kita boleh memulih diri, fokus dan mencipta dgn baik. Kita dpt membawa kembali tubuh dan minda kpd resonan kepintaran alamiah sejagat yg fitrah.
Kita jadi saksi bangun yg sedar.
Utk ini berlaku kita perlu lalu krisis pulih. Ia menyakitkan. Sakit yg timbul itulah sebahagian dari proses memulih. Sakit itulah penawarnya. Ini termasuklah segala trauma dan toksid yg diwarisi dari DNA leluhur. Kita perlu melalui perjalanan tujuh tingkatan nafas.
Moga kita dikurnia perlindungan, petunjuk, ketabahan dan kekuatan dlm mendepani krisis pemulihan masing2. Dari individu yg mikro ke dunia sejagat yg makro.
Selamat mendepani kedatangan zaman bangun yg sedar.
Salam.
No comments:
Post a Comment