Monday, 1 September 2025

MENGAJAR DGN BELAS - SURAT UTK ROZANA MOHAMED

Duhai isteri ku, Rozana Mohamed

Ni suami mu, sang profesor madya yg bakal pencel bulan depan, nak 'lecture' kamu sikit.

Kamu ngajar dgn belas, dgn 'empati'. Dari segi akademik, ini 'personal' & tak profesional la, duhai isteri ku yg takda Phd.

Tapi setelah berpuluh tahun aku ni ngajar seni sampai digelar profesor madya, terasa pembelajaran seni halus hari ini ada 'problem-statement'. Para pensyarah seni halus (dan pelajarnya yg juga terpalit) sedang dihambat pesat dgn lumba nombor, kajian psuedo-science yg mcm ada 'objective' walaupun dasarnya subjektif. Juga minta kejar-mengejar segala yg boleh disuku-disukat-disakat-disekat dgn tepat. Dunia keilmuan seni halus makin jadi litar lumba atas nama 'persaingan global' (global pula ikut tafsir siapa?).

Dalam litar lumba ini, terasa seperti hal2 mendidik makin terpinggir, lebih2 lagi yg terkait dgn transmisi nilai2 halus atau subjektif yg membawa kpd kesejahteraan manusia sejagat, rentas bangsa & negara.

Dari hipotesis di atas timbul beberapa soalan. Adakah yg halus dan sukar disukat itu, makin dilupus dlm mengajar seni halus? Adakah emosi spt kasih sayang dan belas tak boleh diambil-kira dlm seni halus krn itu dianggap tidak 'akademik' dan 'peribadi'? Adakah dimensi afektif itu rendah tarafnya dibanding dimensi kognitif dlm pembelajaran dan pengajaran? Adakah kesejadian (embodiment) belas & budi tidak lagi penting, kerana yg lebih ditekankan adalah retorika kognitif, yakni kebolehan utk mengayat frasa2 bombastik? Adakah sahsiah dan akhlak tak penting, kerana ta ada nilai pasaran? Tak kompetetif? Tak boleh bersaing?

Asas didik adalah kasih dan belas. Elemennya ada dua - empati dan berbuat baik. Faedahnya ada dibahas dlm beberapa kajian.

Kita menuntut ilmu bukan untuk 'buat-buat' baik. Kita ngajar dan belajar atas getaran kasih & belas, tempias Yg Maha Kasih & Belas.

Sekian 'lecture' dari aku, duhai isteri ku yg belajar tak sampai phd.

No comments:

Post a Comment

ZAMAN BANGUN YG SEDAR - SATU HIPOTESIS

Zaman bangun yg sedar sedang muncul. Ia adalah manifestasi tingkat kesedaran manusia sejagat, dari pintar yg lena ke bangun yg sedar. Zama...