Monday, 9 August 2021

BUAT BAIK CEGAH MUNGKAR


Mungkaru, lelaki 30an dalam kategori M40 sedang berdiri tepi tebing untuk terjun ke dalam laut. Lagaknya seperti nak bunuh diri (sebab jiwa dia tertekan akibat hilang mata pencarian, hilang org disayangi akibat Covid19 dan dikelilingi hutang).

Seorang saksi, Nahi, menyaksikan kejadian itu. Nahi handal berenang. Dengan pantas tanpa berlengah-lengah dia bertindak, mengeluarkan fon bimbit dari saku seluarnya. 

Serta merta Nahi, yg bijak menulis, merakam situasi tanpa pengetahuan Mungkaru. Nahi post foto rakaman kejadian ke fb nya, sambil menulis,  "Mana pihak yg bertanggungjawab? Apa yg kamu buat? Tido ke? Makan gaji buta ke! Bodoh. Kamu semua ni gagal. Somebody must show this to tell the whole world! Kita tak boleh diam! Nobody can shut us up!" 

Nahi guna byk # yg pesimis & negatif tegar bersama dgn posting dia. 

Dalam hati Nahi berkata, "Nasib baik aku nampak. Nasib baik aku berani bersuara dan buat bising! Yg lain semua senyap je, penakot!" 

Ramai yg like dan komen memuji-muji tindakan Nahi. Ramai yang share sampai puluhan ribu. Nahi diangkat jadi hero. Sedang Nahi sibuk menjawab pelbagai komen dlm posting fb dia, Mungkaru terjun ke laut, dan kelemasan. Tiada siapa peduli sebab sibuk layan whatsap, terutama Nahi.


 

Seorang pemuda lain, Amal, terjun ke laut utk menyelamatkan Mungkaru. Dia berjaya menarik Mungkaru ke daratan. Mungkaru selamat & masih hidup. Amal menasihati Mungkaru, lepas tu terus beredar. Mungkaru tak sempat pun nak ucap terima kasih. 

Teks dissolve in.

"Pastikan kita bersama hero2 yg sejati. Hero yg sejati 'berbuat' baik setiap masa, senyap2. Buat baik, cegah kemungkaran. Buat bising, dapat perhatian (saje). Buat kecoh, ambil kesempatan. Penyelesaian takda, kemungkaran berterusan."




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...