ZIARAH STUDIO & GALERI MOKTE RENDE
Mat Nor Mahmud
Pasukan Mgtf Usm membawa Karyawan Residen USM sdr Abdullah Suleiman Abdullahi Suleiman dan sdr Khabir Roslan @khabiroslan_ Pelatih Tamu Inap-ilmu RumahTokMah menziarah studio dan kediaman indah cikgu Mohd Noor Mahmud. Saya perlu ulang ya,.... gelarannya cikgu, yg amat sederhana bunyinya.
Turut bersama meraikan ialah Taufik Abdullah @taufik.a8866, Dr. Norafizah, Dr. Zuriawati.
Terima kasih cikgu Matnor atas layanan istimewa, perkongsian pengalaman, ilmu dan limpahan karya di setiap sudut kediaman. Semuanya memberi inspirasi serta membakar semangat berkarya.
Motosikal klasik itu hampir2 dibawa lari ke Pulau Pinang. Studionya dikelilingi taman, kolam ikan, pelbagai sayuran dan tanaman, ayam hutan, itik, kucing, serangga dan ntah apa lagi.
"Berkarya adalah sebahagian dari cara hidup. Ia satu budaya harian yg dilakukan tanpa paksa" (cikgu Mohd Noor Mahmud).
Dari studio, kami ke Galeri Mokte Rende. Di sini kami disertai Andy Siti Nurhidayah Rahim dan pasukan videonya, juga rakannya Arja Lee. Ini galeri peribadi di dalam dusun buah. Himpunan karya2 cikgu Matnoor melimpah ruah. Jika lemah semangat, boleh muntah. Usaha cikgu Matnor ni berkat istiqamah, tanpa perlu berlumba2 siapa gagah mengejar megah.
#MGTFbe
#MGTFbelas
#inapilmu #rumahtokmah
#USMartistInResidence #USMair
No comments:
Post a Comment