"Dia mengajar saya yang hanya pandai melalak ini membaca AlQuran dengan tajwid, taranum dan fasohah yang betul hingga saya mejadi Johan Qari daerah dan berjaya ke musabaqah peringkat Negeri Perak semasa bersekolah. Dia guru fiqah, tauhid dan tasawuf, yang banyak memetik AlGhazali dari kitab-kitab kuning lusuh lama yang ada antaranya sudah carik dan lunyai. Bahasa kitab itu pun penuh dengan 'arakian', 'adanya' dan banyak lagi frasa lama yang Bapak perlu rungkai dalam bahasa pasar Perak."
No comments:
Post a Comment