Friday, 22 July 2016

SUCI DALAM DEBU

Sesekali, ikut 'getaran', saya kongsi 'tafsir' beberapa lirik lagu-lagu 80an dan 90an dgn anak2 murid terutama yg ditulis oleh arwah Lolok dan Abang Syed Amin Shahab. Selalunya perkongsian itu timbul bila ada cetusan tentang landskap lirik lagu-lagu popular Melayu sekarang. Antara yg saya kongsi adalah "Kekasih Awal & Akhir", "Penghujung Rindu", dan "Suci Dalam Debu". 




Baru2 ni, rakan 'whatsapp group' kongsi satu 'tafsir' lagu "Suci Dalam Debu". Katanya dah lama wujud dalam alam whatsapp, cuma saya je ketinggalan. 

Saya kongsi di sini. Terasa nak tanya Bang S Amin sendiri.

*SUCI DLM DEBU - IKLIM*                               Satu penghayatan dan renungan bersama

*Engkau bagai air yang jernih*
🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu*
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*
🔹Sebagai hamba yang hina 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
🔹Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
🔹Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...