Friday, 5 September 2014

REFLEKSI PASCA KEM SENI


Izinkan Pakcik Rock memetik testimoni Whatsapp dan Wechat:
"Zip Zap Bonyonyonyonyoingggggggg" 
(Shasha kecing-kecing)

"Rindu semua moment kat pantai ngan kem bila dipikiaq balik. Hmmmmmm" (Shasha kecing-kecing)

"Vokal tu penting...Ma, Me, Mi, Mo, Mu!" 
(Nabila juru aa, aa, aa, cara)

"Kem best giler, everything mencabar mental" 
(Nabila juru aa, aa, aa, cara)

"Rindu semua. Kenapa kem ni tak buat 10 hari!" 
(Hafiz drummer selamba)

"Somewhere over the moon, hahah" 
(Masitah mata bundar)

"Kami semua rindu Prof. Takpa, next year kalau ada, kami joint lagi!" (Syazwan vokal leleh)

"Dalam banyak-banyak kem, kem ni lah paling seronok buat diri Hafiz" (Hafiz drummer selamba)

Kepada semua anak-anak yang telah mengikuti Kem Seni 1MCAT di Tuba tempoh hari

Shasha kecing-kecing, Nabila juru aa aa aa cara, Hafiz drummer selamba, Masitah mata bundar, Alif orang lidi, Ashikin, Syazwan vokal leleh, Karim Black prasan, Ustaz Fakruddin, Daud kecik bernafsu, Ainnur gubra, Arissa cili padi, Fariz maintain body, dan ramai lagi yang saya tak dapat ingat semuanya....  

"Lu semua rockkkkkk! Wa caya sama lu!!!!"




Pada semua anak-anak Kem, Pakcik Rock ingin pesan dan ingatkan di sini,
Mari kita buat sedikit refleksi dan ulang-kaji

Jangan lupa

Bulatan niat
duduk bersila
tegakkan tulang belakang
letak telapak tangan atas riba
menadah ke atas
lontarkan senyuman
hadirkan ketenangan
tetapkan mata pada satu titik tumpuan
fokus hingga tidak lut sebarang gangguan

buka kehadiran dengan syahadah
lindung diri dengan a'uzubillah
mula dengan bismillah
bersih diri dengan astaghfirullah
dinding dengan 3 Qul 
pancar dengan salawat
pasang niat yang bawa berkat
dunia akhirat
untuk diri, ayahanda-bonda, keluarga, masyarakat, seluruh umat manusia, semua makhluk, seluruh alam

Tarik niat dan hasrat
 tarik nafas perlahan tujuh harakat
dari titik merah (tenaga fizikal) di bawah
naik ke oren (keghairahan/keinginan), ke kuning (keyakinan), ke hijau (kasih-sayang), ke biru (ekspresi), ke ungu (visi dan cita-cita masa depan), ke putih (cahaya)

Tanam niat dan hasrat
tahan 4 harakat
dalam minda
dengan rasa
yakin seyakin yakinnya

Gema dan kembangkan niat dan hasrat 
dengan cahaya kasih dari Yang Maha Pengasih
 hembus nafas perlahan tujuh harakat
kembangkan cahaya tadi
dengan rasa Kasih Ilahi
segala yang diniat, sedang terjadi
tolak cahaya ke dua telapak tangan sedang menadah

Ulang tujuh kali

Usap ke muka

dan seluruh tubuh
lafaz alhamdulillah

Semua anak-anak dah lalui, alami dan merasa

Bangun dan peka dengan Zip-Zap-Boing
Sedar diri, sedar orang, sedar ruang
Mengisi gelanggang dengan tautan objek yang panjang
Setiap kita ialah ketua - dipimpin dan memimpin
diikut dan mengikut
Setiap kita adalah sebahagian yang berkait
dalam satu jentera yang berkerjasama
mencapai tujuannya 

Lepas diri dari penjara minda dan rasa
Mengalir
Terbang
Bebas 

Anak-anak belajar-semula bernafas, 
mengeluarkan udara
dari perut ke mulut
membuka membulat melontar suara
Ma Me Mi Mo Mu

Anak-anak sudah mengenal, merasa, melalui, mengalami
profil kreativiti
menggetarkan kedua-dua otak kanan dan kiri
menguji potensi diri
menzahirkannya menerusi tutur lidah, badan, minda dan rasa
untuk di amin kan oleh alam semesta

"Kita ialah cahaya (mata)"

"Amiiiiin"

Anak-anak sudah menjadi pengembara
yang meneroka khazanah alam sekitar anda semua
berbicara dan berdialog dengan pemberian alam
meneliti, mengkaji, menghayati

Anak-anak belajar membuang 'ego' diri
malu tak bertempat
menanam keyakinan
belajar 'menjadi'
pelbagai watak
silih-berganti
dalam bulatan aksi

Anak-anak meritmakan paluan, alunan dan tingkah
yang sememangnya sudah ada dalam diri
bersinergi antara satu sama lain
dalam rentak muzik tanpa perlu peralatan canggih

Anak-anak melihat paparan alam dalam keseluruhan
dirakam dalam catan
yang menggemakan Ar-Rahman

Anak-anak berbaring, terlentang, merasa getar tanah dan bumi
mengadap langit malam
yang membuka tirainya
untuk mengintai alam semesta
bima sakti, zuhal dan al-hilal
sambil menggetarkan tasbih dan tahmid
memuji penCiptanya
Pereka Maha Bijaksana (Intelligent Designer)

Bagaimanakah kehebatan Pereka Maha Bijaksana ini meninggalkan tanda-tanda kebesarannya?

Dari dalam
DIRI
anak-anak semua!!!!

Yang telah disergah, digugah, dikejut, dibangun dan dibuka hijabnya

Kamulah
tanda-tanda
kehebatan
Yang Maha Pencipta


 Lihat juga tautan berikut, bagaimana saya bertaut dengan LAVAA Langkawi

Juga tautan berikut, untuk membuka minda:
  


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...