Friday, 12 September 2014

IRON MAN DI LEBUH ACHEH.




Globalukasi singgah di Rozana's Refreshing Batik dan jirannya MyGarrage di Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang. Wakilnya Iron Man datang dengan Lamborghini kelabu. Dia sempat pesan, "saya singgah je, bukan nak menjajah, atau memecah-perintah. Bukan nak melabur, atau melebur. Saja je nak jumpa Puan Rozana dan Encik Din yang tekun menghidupkan Lebuh Acheh dengan cara mereka sendiri. George Town sekarang ni makin hip dan happening. Saya baca tentang Rozana dalam buku panduan Lonely Planet. Nak belajar buat batik dengan dia, kot-kot boleh dijadikan motif luar untuk suit saya ni," kata Iron Man sebelum bergegas kembali ke kereta mewahnya untuk beredar dari Lebuh Acheh.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...