(Susulan posting 'Melayu Perca Moden')
Moga ini juga dpt menjadi 'counter-points' kpd sebarang bentuk cerita2 dongeng tanpa konteks, yg mungkin timbul dari 'online art' dan 'virtual exhibition' yg kini makin meriah sejak kena tampor dgn Covid19 dan PKPening.
Ini juga diharap dpt mengelak dari kecenderungan utk beromen dgn teori sedap2 atas kertas2 kerja atau penerbitan berindeks scopus, tanpa ilmu amali atau praktis.
Ini tentang situasi modernisma yg makin di'perca'kan. Ini bukan 'pasca' ok, kerana mungkin teori2 pasca moden oleh hero2 kajian budaya dari Frankfurt school itu tak semuanya boleh diguna dlm konteks Malaysia.
Preludnya lewat 80an. Muncul dgn pesat pada 1990an. Katalis & pemacunya byk, saling-terkait. Aku ringkaskan kpd 3:
1.
Kapitalisma pasaran bebas
2.
Globalisasi
3.
Ledakan teknologi maklumat (termasuk internet dan aplikasi atas talian)
Rujuk deraf peta minda di 7 foto terakhir. Itu juga deraf utk artikel "Under-deconstruction:Contemporary Art in Malaysia After 1990" dalam buku "Susurmasa" (2008) terbitan Balai Seni Negara. Moga ada rezki utk baca.
Ini latar & konteks utk 'kepercaan' situasi modernisma dlm amalan seni kontemporari di Malaysia selepas 1990an. Ini hipotesis aku la, tak setuju takpa. Mungkin ada hujah lain.
Untuk katalis no. 3, dikongsi di sini contoh2 inisiatif, karya2 peribadi & berkumpulan, projek, pameran, penulisan dlm pelbagai penerbitan sejak 1997 sebagai bahan2 pemeri-hatian & penelitian.
Sumber2 asal boleh diperolehi di #7tingkatpermai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment