Saturday, 14 August 2021

DARI MEMBINA KPD MENCERAH

 

Perjalanan berliku ke arah pencerahan bandar sejahtera

Seperti biasa, bila berkunjung ke rumah sahabat lama (satu bilik di asrama Perindu UiTM), bekas penjaga gol Harimau Malaysia ini, Mohd Noor Hashim, pasti disimbah & dihujani ilmu yg amat berharga. Saya sempat melaksanakan kajian sosial masyarakat Kampung Pak Amat bersama dia ketika tahun 1 di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM. Kami dpt markah 'A' dari Puan Jahani.

Walaupun berlatarkan bidang rekabentuk industri (pelajar terbaik, jabatan seni reka industri UiTM 1988), dia telah terlibat dalam pelbagai sektor 'pembangunan' meliputi seni reka pameran, seni reka dalaman & landskap, seni reka kediaman dll jenis bangunan termasuk masjid, pembangunan hartanah, R&D kejuruteraan bahan & teknologi binaan, dan terkini, sistem ekonomi bebas riba. Ilmu dia ilmu lalu, bukan setakat teori2 hebat yg sering diromenkan depan mikrofon dlm seminar atau persidangan, mahupun kertas2 kerja & artikel2 jurnal. Lalunya dah merentas 30 tahun. Setiap denai yg dibuka & dilalui (bukan secara hipotetikal atau teoritikal), ujiannya keras & perlu ditanggung dgn sabar. Jika dikumpul, boleh buat berpuluh2 drama melayu. Pada beliau, 'pembangunan' sedia ada yg sering dilaungkan, adalah lena yg merosakkan kemanusiaan. Dajalnya adalah tamak, haloba, dengki, iri hati & benci. Tuhannya duit & kekayaan harta benda serta material yg menghalalkan segala cara termasuk dosa. Di sebut 'pembangunan', tapi yg sebenarnya keruntuhan. Penyelesaiannya adalah kembali pada Tauhid, kpd Al-Quran & sunnah, kpd syariah, kpd kosmologi Nusantara yg sudah menyediakan 'dasar & polisi' lestari yg menyantuni hubungan manusia dgn manusia, manusia dgn alam & manusia dgn Pencipta, antara fardhu ain dgn fardhu kifayah, antara dunia & akhirat, berasaskan kpd melakukan kebaikan tanpa udang sebalik budu. 

Bila dipetakan & dibentangkan pd saya perjalanan ilmu lalu ini (dalam 3 fasa) oleh Mohd Noor sendiri, hanya satu ayat yg terlintas dlm kepala, giler! Maksudnya, luarbiasa.

Pada saya, Mohd Noor yg takda ijazah phd itu, mengajar saya asas & falsafah 'pembangunan' bukan hanya hal2 luaran saja. Bila saya meninjau tapak2 'R&D' di sekitar kediamannya & di PCB (Pantai Cinta Berahi), dia cuma kata, "ni sketches aku je". 

Kuliah dia ditabur dan rujukan pada al-Fatihah, lima ayat pertama surah Al-Baqarah, surah al-Kahfi, jati diri lokal dan wilayah, terutama Langkasuka, mesra & hormat alam, rumah 'Malaysia', kepentingan perlaburan hartanah & sistem ekonomi bebas riba menggunakan emas & perak, infaq sebagai antara pemacu utama ekonomi, pembangunan berasas 'kalbu', perlupusan ego, bandar sejahtera Madinah baru dan byk lagi. Beliau juga merujuk pd  regionalisma dari artikel Dr. Tajuddin (asal dari Kenneth Frampton yg juga dirujuk oleh guru saya Ismail Zain).

Pada saya, ilmu dia elok dibuku & disebarkan. Moga dpt menjadi 'pencerahan' kpd semua yg kini mabuk disibukkan dgn keruntuhan bukan pembangunan atau pembinaan. Itu niat yg timbul dlm hati saya. Doakan Allah beri jalan.


































No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...