Sunday 13 December 2015

GELOMBANG

Jom nengok gambor dulu, lepas baru criter.







Semua visual dipetik dari: 
http://wthemindunleashed.org/2015/09/the-sonic-heart-brain-resonance-pattern-proof-of-our-power-to-create-peace.html

Sekarang, bahagian criter.

Duhai anak2 yg dikasihi, atok rock yg telah byk kumpul toksik ini nak kongsi sikit. Nak panjangkan pesan arwah ayahanda, yg juga tok guru atok rock dulu.

Arwah ayahanda dulu amat mementingkan doa selain usaha. Mungkin dia risau tgk atok dulu gila mengejar bayang nama, glamer, harta, pangkat dan bunga hingga gelombang hati selalu nak panas je. Org seni istilahkan sebagai 'angst'. "Biasala, artist, tak 'angst' tak seniman la brader, tak art la", kononnya la. 

Angst diromantikakan, dilabel dan dijenama, dijadi stail ikutan, hip, komoditi belian. 

"Lagi angst lagi lasyat ma! Lagi org collect work wooo. Angst la lagi, teruskan." 

Ni atok rock yg sdg cuba buang toksik lama, nak kongsi tentang doa dari sisi lain, kot2 boleh pakai. Kalau taknak, jgn marah ya, tolak je ke tepi elok2. 

Kita kini, pada firasat atok la, sedang diambang anjakan-pulang, menuju ketamadunan yg bakal bangun dari lena mimpi benda (material-jasad). Ia sedang berlaku, walaupun mungkin memerlukan generasi atok, anak2 dan cucu2 mendepani fasa pemulihan atau pembersihan toksik. Toksik keluar, busuk. Malah, penuh dgn cabaran getir seluruh dunia, dari pelbagai dimensi hidup, politik, ekonomi, dll. Ia bermula dgn hati yg dibangunkan.

Gelombang hati-rasa jauh lebih kuat dari gelombang otak-fikiran. Gelombang hati-rasa ok, gelombang otak-fikiran (akal) bercahaya. Jika tak ok, gelap. Jika ramai manusia fikirannya bijak, pandai, ada Phd, tapi hati busuk, dunia jadi gelap. Sebaliknya jika ramai manusia yg sama behati baik atau mulia, dunia jadi bercahaya, aman-damai. 

Gelombang hati-rasa tak terpasung oleh ruang dan masa, oleh ilusi jasad atau material, tidak tertakluk pd permainan kata2 dan perbuatan fizikal. 

Jom kita jaga gelombang hati-rasa. Kita pilih utk getarkan gelombang kasih tak bersyarat, ikhlas, jujur, syukur, redha, empati, dll yg baik2, agar gelombang otak-fikir kita juga cemerlang. Hati baik, akal bijak. Ia adalah doa harian kita, tiap detik tiap sekarang. Ia adalah jihad ygg lebih mencabar. 

Jika hati-rasa setiap org secara individu itu baik dan koheren, otak-fikirannya bercahaya. Gelombang koheren dan bercahaya ini jika bertaut dgn gelombang hati-rasa individu lain, akan bertambah gemanya. Oleh itu, kita digalakkan berkongsi gelombang baik2 dgn org2 terdekat dulu (ibu bapa keluarg), kawan2, masyarakat dari lokal ke global dan seluruh makhluk seluruh alam. Ia adalah gelombang doa. Sebab tu kita digalakkan berjemaah, gelombangnya lebih besar dan kuat, gema cahayanya lebih jauh.

Jika lebih ramai manusia, atau majoriti manusia di bumi kini membuat pilihan utk menggetarkan gelombang hati-rasa yang aman, yang penuh kasih sayang, syukur dll yg baik2, gelombang dunia juga turut aman, penuh kasih sayang, syukur. 

Tolongla rentikan getar dan hantar gelombang benci  dll yg tak baik, tolongla. Ia boleh merosakkan dunia. 

Hantarla gelombang hati-rasa yg baik2, setiap sekarang. Itulah jihad kita utk seluruh umat manusia, seluruh alam.

Sekian, pesanan tanpa penaja oleh atok rock tanpa title pencetus ummah atau daei.

No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...