Tuesday 22 December 2015

FOBIA & PERAGA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

SITUASI 1
Gambor bapak aku pakai baju melayu tahun 50an sebelum merdeka pun nak kaitkan dgn National Cultural Policy (NCP). Asal nampak baju Melayu je, UMNO dan NCP. Sama la juga dgn kurta dan jubah. Asal nampak kurta dan jubah je, NCP (dan PAS, kalau tak pun, pengganas ISIS). Kena sampok ke? Sakit ni.

Akhirnya tak nampak lagi halus tulus dan indahnya pelbagai manifestasi budaya dan kesenian alam Melayu sebagai salah satu warisan sejagat utk dunia dan anak cucu cicit generasi mendatang. 

Inilah yg boleh dinamakan sebagai betoi2 kes NCP - National Culture Phobic tahap over the top yg boleh backfire, bukannya bawa perubahan baik yg diingini. 

Jom kita mohon sama2 agar penyakit ini dpt dibasmi dari merebak jadi perkongsian benci secara massa dan pukal terhadap sesuatu bangsa, agama dan budayanya. Mohon dielak.

Chill la oiii. 

SITUASI 2
Asal nampak sekumpulan kawan-kawan pelbagai bangsa (terutama Melayu dan Cina) happy buat program bermanfaat sama2, dilabel ancaman liberal, konspirasi Yahudi, agenda Cina DAP, menolak National Cultural Policy (NCP). Apa hal lu, sakit ke? Lu posing baguih, tapi pergi shopping kedai Cina juga, buat rumah pakai kontraktor Cina, beli gadget kompeni Yahudi, gaji pun duit rakyat (termasuk yang Cina). 

Akhirnya tak nampak lagi halus tulus dan indahnya pelbagai manifestasi budaya dan kesenian merentas bangsa dan geografi sebagai salah satu warisan sepunya atau sejagat untuk dunia dan anak cucu cicit generasi mendatang.

Ini yg boleh dinamakan sebagai betoi2 kes NCP - National Culture Posers tahap hipokrit yang boleh backfire, bukannya bawa perubahan baik yg diingini.

Jom kita mohon sama2 agar penyakit ini dpt dibasmi dari merebak jadi perkongsian benci secara massa dan pukal terhadap sesuatu bangsa, agama dan budayanya. Mohon dielak.

Chill la ooi.

KESIMPULAN
2 situasi, 1 saka yang sama. Kedua-dua jadi nemesis utk masing-masing jadi hero. Kedua-dua feed each other. Macam nengok orang bergusti, dua-dua dapat duit, kita penonton yang bayor. 

Toksah jadi penonton berbayor lagi.


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...