Keangkuhan segelintir budak ingusan sejak akhir2 ini membuat saya teringatkan Yoda saya. Dia dah meninggal. Nama dia Ismail Zain. Saya pernah belajar dlm kelas lukisan dia selama dua semester. Saya pergi ke rumah dia utk dikhutbahkan dgn pukulan mental dia. Malah, saya sanggup jadi balaci buat rekaan set dia utk teater "Cindai" arahan Nordin Hassan. Saya sedang baca-semula penulisan dia, sambil cuba kaitkan pemikiran dan sentimen dia dgn dua adiguru lain - Sulaiman Esa dan Allahyarham
Redza Piyadasa. Mereka berkongsi proposisi yg berpandangan jauh dlm hal melihat-semula tradisi menerusi bahasa kuantum. Saya rindu pukulan mrk. Saya rindukan Yoda2 saya termasuk ayahanda saya. Al-Fatihah buat adiguru yg telah tiada.
(The arrogance of few young brats today has made me reminisced this Yoda of mine. He had passed away. His name is Ismail Zain. I was a student in his drawing class for 2 semesters. I went to his house several times to receive his mental jabs. I even slaved myself as his minion for his set design in Nordin Hassan's "Cindai". Im currently re-reading his writings, and trying to relate his thinking and sentiment with another 2 adiguru - Sulaiman Esa and the late Redza Piyadasa. They shared common far-sighted propositions on the deployment of quantum language in reproaching tradition. I miss their jabs. I miss my Yodas, including my father. Al-Fatihah for my jedi masters who had passed away.)
Saya cuma rindukan suasana berguru dgn 'yoda'2 saya dulu. Malah, ruang pameran pun dulu jadi tempat beguru dgn mereka , bukan semata2 utk wang dan likes je (yang diakui diperlukan). Kini seakan terlalu ramai mengejar segala bidaah KPI, hingga kelestarian 'inner-net' (yg ditekankan oleh adiguru saya dulu) semakin diabaikan. Saya makin terasa tapak permainan yang saya sukai suatu ketika dahulu, sudah makin pupus dan hilang, bersama dgn beberapa adiguru yg saya kasihi. Tapak2 yg ada kini bukan lagi utk permainan saya. Yg ada adalah segelintir spesis angkuh yang bila dikongsi peringatan (dari adiguru2 dulu), dia jadi emo tak tentu hal. Adakala rasa nak penampo je, tapi tu hanya jadikan angin saya makanan setan dan jin. Ntahla, mungkin ni simptom org semakin berusia. Malas dah nak marahkan budak2 ingusan ni. Lagipun mrk mengingatkan saya pada tanggungjawab saya terhadap anak-anak saya dan generasi mereka. Kalau sakit hati, buat tambah hormon toksik kortisol je, tu tak termasuk toksik candu rokok. Saya pun nak panjang umor. Tapi kenala terima juga, bahawa budak2 ingusan ni, walaupun segelintir, sikit-banyak memantulkan kekurangan saya juga dlm melaksanakan peranan saya. Kita sendiri pun bukan takda defisit zaman muda dulu. Ini memotivasikan saya utk perbaiki mana2 yg kurang. Saya berdoa agar spesis angkuh ni pupus. Moh la kita tanam keikhlasan dlm jiwa anak2, agar jiwanya bercahaya, mindanya mencerah. Sekian, curahan hati tanpa podium dan dewan persidangan
Tak payahlah nak cuba faham Prof, last sekali yang penat minda kita, kalau kita kedepan dikatanya kita angkuh pula. Cuma buah kilasnya kita simpan, sampai masa boleh guna Wallahualam
ReplyDeleteTak payahlah nak cuba faham Prof, last sekali yang penat minda kita, kalau kita kedepan dikatanya kita angkuh pula. Cuma buah kilasnya kita simpan, sampai masa boleh guna Wallahualam
ReplyDelete