Friday 4 December 2015

ANJING.

Selepas solat Jumaat tadi, gua dengan baju kurta putih, merayau ke sebuah jalan yang terkenal di George Town. Gua nak jumpa kawan gua dari benua Amerika Selatan yang main seruling di situ. Tiupan dia boleh naikkan bulu roma dan lain-lain bulu yang seangkatan. Selepas tegur dan tanya khabar, gua melangkah nak balik ke kedai isteri gua. Gua nampak seekor anjing comel dan montel selamba ceria je meronda dan lalu depan gua. Gua suka tengok anjing comel. Ada uncle usia lebih kurang 60an sedang duduk lepak depan kedai yang anjing montel tu lalu. 

Gua terus tanya dengan teruja suka, 'Uncle, anjing sapa, uncle ka?"

Sekali uncle tu renung gua semacam, tarik muka benci meluat kat gua, jawab dgn nada marah, 

"LU SAPA? LU MPPP KA? LU SAPA MAU TANYA? TAK PAYAH SIBOK2 LA ITU ANJING SAPA!!"

Rilekla uncle. Jgn marah2. Chill.

Terus gua teringat gambaran sebuah lukisan anjing terkejut dalam sebuah karya seorang pelukis yg pernah dipamer di sini. 


No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...