Tak sehebat dua jambatan di Pulau Pinang negeri tumpah kari mamak, tempat saya kejor mimpi. Bukan juga satu pemandangan yang boleh meruntun fikiran, mahupun dijadikan karya agung untuk paparan galeri dan para saudagar mimpi di pusat-pusat kota urban dan kontemporari.
Tapi parit dan jambatan paip di tanah tumpah kuah tempoyak (Teluk Intan) ini masih tetap 'ikonik' untuk saya, kerana ia merupakan antara 'titian' dan jalan pintas untuk saya ke 'jalan besar' semasa saya bersekolah dulu. Takda apa yang special, tapi untuk seorang budak pada masa itu, ia merupakan satu 'adventure' yang memberi saya 'kick' setiap kali melintasinya. Satu lagi parit berdekatan, menjadi kubang jakuzi dan mencari ikan laga untuk saya dan kawan-kawan. Sekarang dah ditimbus, dan dah bertukar menjadi kawasan perumahan, untuk kediaman masyarakat kelas pertengahan yang semakin sendat.
Setiap kali pulang ke kampung, temanya adalah perlupusan tanda-tanda atau sumber tekstual yang membina naratif era kegemilangan semasa kecil.
Anak-anak saya kini mendapat 'kick' mereka tanpa bergerak, menerusi dunia simulacra (simulasi) hyper-reality dengan menggentel iphone yang mereka bawa ke mana-mana.
Naratif saya, seperti juga untuk Bonda (yang semakin pelupa) dan arwah ayahanda, sedang kehilangan tanda-tandanya.
Ramai (termasuk saya!) yang telah disampuk saka dan badi identiti palsu berpaksi benda, selalu lupa bahawa segalanya adalah sementara. Takda yang kekal selamanya. Segalanya akan berlalu. Kehidupan adalah satu anugerah. Sebab itulah kita perlu menghargai 'sekarang', setiap kali kita melihat masa lepas.
Ramai (termasuk saya!) yang telah disampuk saka dan badi identiti palsu berpaksi benda, selalu lupa bahawa segalanya adalah sementara. Takda yang kekal selamanya. Segalanya akan berlalu. Kehidupan adalah satu anugerah. Sebab itulah kita perlu menghargai 'sekarang', setiap kali kita melihat masa lepas.
Mengimbas naratif dengan Andy, ketika rakaman untuk video pendek "H3RO" suatu ketika dulu. (Reminiscing my narrative with Andy, during the shooting of video short "H3RO" some time ago). |
Not as grandeur as those two bridges in Penang, the State where I spilled my curry gravy. Not even a nice vista that can melt hearts, or be converted into an art piece for gallery display and fancy merchants of dreams in an urban and contemporary city centre.
But this drain and pipe bridge in my hometown (Teluk Intan) is still iconic to me, because it used to be amongst my 'pathways' and short-cuts to the 'big road' when I was a schoolboy. Nothing special, but for a small kid then, it gave me such an adventure and a kick every time I crossed it. Another close-by drain, became a my jacuzzi spot as well as a site to catch 'fighting fish'. Now it has been turned into a housing estate to accommodate the growing middle class.
Every time I returned to my home town, the over-arching theme was gradual extinction of the signs or textual sources that were instrumental in the formation of my childhood.
My kids now get their kicks without even moving, through the hyper-reality world of simulacra by only moving their thumb on their iphones that they carry everywhere.
My narrative, as with my Mom (who is gradually losing her short-term memory) and my late father, is losing its signs.
Many people (including me!) tend to forget that everything is transient. Nothing stays. Everything will pass. Life is a gift. That is why we need to honour the 'present', as we look back at the past.
No comments:
Post a Comment