Saturday, 2 August 2014

MOTOR KLASIK BSA, IPOH MALI.

"Toksah le berangan, tak payah le menyusah diri, baik naik kerete je", kata Usu.
Darah rider dari Bapak masih mengalir dalam diri ini.  
Macam jumpa girlfriend lama pulak! Ijut (sepupu saya) senyum je, "masih boleh jalan lagi tu! Cubalah start."
Masih mengaum dengan gagah, dan masih boleh menggugurkan jantung.

BSA ini mengembalikan saya ke zaman brutal jadi rider dulu. 
"BSA tu saya tolak RM20,000...." Lan (sepupu saya), otai barang antik, dijendela rumahnya, yang juga berfungsi sebagai muzium koleksi barang antik dia, yang buat mata saya dan anak-anak juling. Juga otai chef yang telah memasak mee kuah bertaraf antarabangsa untuk kami sekeluarga. Kalau nak rasa briyani power dia, kena datang raya pertama.  "Nol, kau buat la satu lukisan untuk aku!" "Boleh je, tapi aku kena jual kat kau RM20,000 sekeping. Susah sangat, kau tolak je motor BSA tu kat aku."


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...