Friday, 21 March 2014
JOM LE KITA BANGUN KAWAN!! SETIAP SEKARANG (BAHAGIAN 2)
Fragmen 1
"Encik Hasnul, kenapa saya ni selalu je risau dan rungsing je?"
Saya respon,
"Sebab awak menyangka perasaan itu awak. Perasaan bukan awak, ia cuma reaksi atau respon jasad terhadap saranan minda. Saranan minda juga bukan awak. Bebaskan diri dari dipenjara, dihijab atau dipasung oleh saranan minda. Ia hanya alat atau pakaian sementara je. Kalau dah pakai lama, kena tanggal dan basuh. Kalau nak pakai pun, untuk tujuan praktikal menjalani pengalaman mimpi benda. Alat tak boleh jadi pengguna atau tuannya, Kalau tak, alat boleh makan tuan. Alat hanya tanda je, bahasa, perantaraan, jambatan, titian, bukannya lokasi tujuan atau makam diri. Jika tak berhati-hati, alat boleh menjadikan tuannya hamba tunggangan untuk membentuk identiti palsu (ego), termasuklah yang selalu risau dan rungsing. Cengkaman dan pergantungan sepenuhnya pada alat (minda dan perasaan yang suka berpura-pura menjadi awak) boleh dibebaskan antaranya oleh solat dan segala amalan sunat yang Penghulu kita dah wasiatkan pada kita."
Fragmen 2
"I think, therefore I am" kata Descartes.
Saya respon,
"I think, therefore I am (slaved by my thinking)."
"Saya berfikir, maka saya ada......lah hamba pada fikiran"
.....dengan ribuan maaf kepada Descartes yang bertuhankan fikiran (lojik akal) saja. Juga ribuan maaf pada pewaris kontemporari saka badi Descartes, saudara Richard Dawkins.
Jom bangun, bebaskan diri dari penjara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment