Setiap musibah, bencana, tragedi, malapetaka, bala dan wabak adalah penzahiran secara kolektif dari getaran toksid fikiran serta perasaan umat manusia (jasad halus).
Kesemuanya adalah 'panggilan kecemasan' untuk umat manusia bangun dan kembali kepada fitrahnya. Ia adalah panggilan untuk manusia berhijrah dari tidur kepada bangun, atau sedar. Adakala panggilannya lembut. Adakalanya keras, menyentak dan mengejutkan hingga menuntut korban nyawa yang amat memilukan.
Panggilan ini juga adalah tanda atau isyarat. Setiap panggilan-tanda-isyarat adalah petunjuk. Setiap petunjuk perlu dibaca dan disingkap hijabnya agar memperolehi cahaya hidayah.
Kita baru saja disentak dan dikejut dengan keras. Kita mungkin akan disentak dan dikejut lagi.
Oleh itu kekawan, marilah kita bangun, sebelum terzahir lagi panggilan atau tanda-tanda zahir yang lebih keras, menyentak dan mengejutkan kita. Jika kita masih lena dihijab, akan terzahir banyak lagi panggilan kecemasan yang lebih menyentak.
Hiijab lena mimpi benda melupuskan kemanusiaan, membawa kegelapan, mengeruh dan membuat kita saling bertekak, bertelingkah, bergaduh, bergasak, bertegang-urat, berlaga ego, bermusuh 7 keturunan, bersyak-wasangka, berburuk-sangka, bercuriga, berdengki, berdendam, berbenci, malah berbunuh sesama sendiri.
Kemanusiaan sedang diserang wabak lupa, lena, taksub dan hanyut dalam mimpi benda ciptaan minda. Mimpi benda ini dicemar racun, bertoksid, menjadikan jasad halus kita parah dan sakit. Jasad halus umat manusia sedang tenat. Ketenatan ini semakin mudah dikesan menerusi media perdana (terutama media 'asing'), media alternatif dan yang paling menyerlah, media sosial yang sudah diglobal dan di'google'kan.
Jalan untuk bangun dan kembali kepada fitrah dibuka oleh TAUBAT. Taubat membuka denai hijrah. Taubat dibuka oleh pengakuan terhadap kelemahan dan kesilapan peribadi dan kolektif. Dengan pengakuan, umat manusia dapat berhijrah dari tidur dihanyut lena mimpi benda kepada kesedaran tinggi.
Taubat ditutup oleh minda dan perasaan yang berkocak dan bising. Ia tidak boleh dibuka oleh pergantungan kepada debat lojik akal semata-mata. Sains dan teknologi hanya denai dan alat saja. Ia terbatas. Malah sejak kebelakangan ini, segala keangkuhan pencapaian sains dan teknologi sedang diuji oleh keterbatasannya (atau kelewatannya) dalam menyelematkan manusia. Ia lebih pantas dan cepat digunakan untuk merosak dan membunuh kemanusiaan, dari menyelamatkannya. Akal yang tiada pemandu hanya taksub mencari kesalahan (orang lain), apatah lagi jika dipacu gelombang perasaan yang sudah disampuk dan dirasuk racun bertoksid.
Taubat dibuka oleh muhasabah diri (melihat dan mengakui kelemahan dan kesilapan diri) yang dipacu sifat keikhlasan dan menyerah lensa akal-fikir dan rasa kepada Pemiliknya yang Hakiki. Ia membebaskan roh (cahaya) dari penjara kegelapan tarikan graviti fikir dan rasa yang bising. Ia melupus keruh. Ia menerang (melenyapkan kegelapan). Ia membangunkan kita semua dari terus dihanyut oleh lena mimpi kebendaan dan KPI dunia yang terlalu kita kejar seolah-olah ianya realiti abadi.
Oleh itu, sebelum kita terjurus untuk terus lebih meminta-minta dan memanjangkan hajat mimpi benda, marilah kita bertaubat dalam diam.
Bertaubat dalam diam membolehkan kita merenung-semula segala kesilapan dan kelemahan secara peribadi dan kolektif. Ia memujuk kita untuk memohon ampun, membersih segala toksid fikir dan rasa yang sudah meracun, merasuk dan mengotorkan jasad halus kita secara peribadi dan kolektif sebagai umat manusia.
Bertaubat dalam diam membolehkan kita menzikirkan kesyukuran pada setiap sekarang, memasang iltizam untuk kembali pada fitrah. Iltizam ini membolehkan kita menzahirkan hijrah dari mimpi benda yang lena kepada mimpi benda yang penuh kesedaran tinggi serta halus.
Bertaubat dalam diam menukar musibah, bencana, tragedi, malapetaka, bala dan wabak kepada
penawar dan pedoman. Penawar dan pedoman ini mengisi setiap sekarang
kita dengan zikir kesyukuran, memeluk kita dalam ikatan kasih sejati,
ketenangan, kedamaian dan keriangan yang tidak boleh diungkap menerusi
sebarang bentuk bahasa dan tanda zahir.
Inilah operasi mencari (diri) dan menyelamatkan kemanusiaan yang paling kritikal ketika ini.
Salam en. Hasnul. Harap en. dalam keadaan yang sihat & tenang. Saya perlukan email peribadi en. untuk menjemput/beritahu tentang pameran karya instalasi interaktif saya di KL. Nampaknya email lama en tidak dalam penggunaan. Kehadiran & pandangan en dapat membantu saya. Saya turut sertakan butiran pameran tersebut.(email saya: musicisworld@hotmail.com)
ReplyDeleteINVITATION
Assoc. Prof. Hasnul Jamal Saidon
KARTIK KUMAR S.
Request Your Presence
To An Interactive Art Installation
WALiT!
On 29th & 30th March 2014
From 10am To 10pm
At MIA Art, Red Bungalow (Behind KLCC Nasi Kandar Pelita)
Terima kasih Kartik, Tahniah. There will be the time and place where our physical paths will cross and meet. Beyond that, both u and I are already connected in the presence.
ReplyDelete