PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Friday, 21 March 2014

JOM LE KITA BANGUN KAWAN!!, SETIAP SEKARANG (BAHAGIAN SATU)

Fragmen 1

"Encik Hasnul, saya rasa nak demam, saya tak dapat datang kelas hari ni."

Saya respon,
"Awak nak deman, saya tak mampu nak bagi. Punyalah banyak benda yang boleh dikehendaki dan diminta, awak minta demam. Cubalah cakap, saya nak sihat, mana ada manusia yang nak demam. Pelik."


Fragmen 2

"Encik Hasnul, saya tak suka dengan diri saya sekarang ni!"

Saya respon,
"Kalau macam tu, awak ni satu ke dua. Antara 'saya' dan 'diri saya' tu, mana satu yang benar-benar wujud? Yang mana satu hanya ilusi yang dicipta oleh minda (dan ego) awak?"


Fragmen 3

"Encik Hasnul, saya sedih la!!"

Saya respon,
"Bila pulak bapak awak bagi nama 'Sedih' pada awak? Bapak awak bagi nama elok-elok, awak cakap awak 'sedih'. Awak kan ke Hasnah binti Ahmad, bukan Sedih binti Ahmad. Bila pulak awak 'menjadi' apa yang awak rasa? Kejap sedih, kejap marah, kejap kecewa, kejap takut, kejap risau.....banyaknya nama. Itu semua, awak ke?"



 

No comments:

Post a Comment