Monday 12 February 2024

LINDUNGI KAMI DARI DEKONSTRUKSI RADIKAL DAN BAHANA PERCA MODEN


Ya Tuhan kami
Lindungi kami dari kegelapan :
Politik identiti yg semakin keliru, kekalutan pasca-strukturalisme dan krisis representasi, kesan dekonstruksi pasca (perca) moden, kesan dekonstruksi bahasa dan makna, kehilangan makna2 sepunya, kekeliruan tanda2, kekusutan teks, kesesatan kod visual dan keruntuhan makna dlm budaya popular, subjektiviti radikal, taufan semiotika, extremis emosi, gender dan anti-binari, fanatisme agama dan perlupusan nilai sepunya kemanusiaan. Lindungi kami dari ketamakan tiada tepi ekonomi liberal pasaran bebas yg dipandu kapitalisme pemangsa. Lindungi kami dari penurunan indeks kualiti kesejahteraan dan kesihatan mental. 

Lindungi kami dari :
Penyimpangan Kajian Budaya dan Teori Kritikal yg semakin dijadikan senjata kuasa totalitarian, yg dikemudi pemodal2 transnasional bersama para birokrat politik. Lindungi kami dari instrumen perang teori, ideologi dan naratif yg ditunggangi utk meruntuhkan segala binaan spiritual, kosmologi budaya dan nilai tradisi.  

(Kajian Budaya & Teori Kritikal perlu dikenali oleh pengguna budaya popular yg aktif - gen z. Juga oleh semua lapisan masyarakat. Agar mrk tidak ditungganggi tanpa mrk sedar. Ini sudah diberi amaran oleh guru saya Ismail Zain sejak lewat 1980an. Sekian, bebelan ahli akademik yg bakal pencen. )

Foto2 dari projek akhir Kursus Elemen2 & Prinsip2 Asas Seni & Rekaan








No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...