Friday, 16 February 2024

LANGKAWI & ALICE IN WONDERLAND


Duhai Merong Mahawangsa, Mat Chinchang, Mat Raya, Dayang Bunting, Pandak Mayah, Cik Alang, Mahsuri, Wan Yahya, Deraman. Whatsap?

Mitos di Langkawi boleh buat Alice yg pernah ke Wonderland itu pun kagum. Itu belum lagi cerita2 mistik yg melingkari populasi langsuir di pulau ini.

99 gugusan pulau, fosil 500 juta tahun, sejarah gunung Chinchang yg setinggi 713 meter itu bawa ke zaman Cambrian. Banjarannya adalah yg paling awal terbentuk di pentas Sunda. Latar geologinya yg terisi granit, batu kapur, syal, dan batu lanar itu sudah tentunya boleh dijadikan mural yg gah dipandang. 

Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang yg penuh dgn turmalin, ilmenit & zirkon itu boleh dijadikan lantai lukisan yg dasyat.

Bagi yang hanya mengaitkan Langkawi dengan Tun Mahathir saja, mungkin elok diingatkan bahawa Langkawi pernah diperintah Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803), Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843). 

Siam pernah serang Langkawi hingga terbakar seluruh pulau. 

3 juta pelancong yg dtg ke Langkawi sebelum ia disumpah Covid. 

Simfoni alam terpinggir sepanjang jalan berdagang Pantai Cenang. Cenang semakin tak 'senang'. Tahun 1983 masa saya pernah bertandang ke Langkawi buat pertama kali dulu, Cenang lengang. Kemudian sekitar 1987/88 saya datang lagi, Cenang mula naik miang, dengan beberapa chalet kerdil. Jalan nak ke Cenang pun masih tanah merah dan perlu berjuang dengan kenderaan pacuan empat roda.

Sekarang Cenang sangat girang mengira wang. Berkat sampuk globalisasi, ramai pelancong dan pelencong mari. 

Cenang yang meriah wang boleh buat getar jiwa tak tenang. Mana taknya, cenang juga semakin ghairah dengan banyak aksi tayang. Warisan pula bila-bila saja boleh ditipis menjadi produk tontonan dan komoditi untung-rugi, jika berdagang tanpa paksi.

Apa yang berlaku di Cenang persis gergaji dua mata, melabur dan melebur.  Saya ringkaskan dalam formula bukan matematik....h(ABU)an. Sekian.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...