Wednesday 7 February 2024

HIJAB NURBAYA : TANGGUNG

Artwork Title:
Veil of Nurbaya Series -Abide
Siri Hijab Nurbaya - Tanggung
Artist:
Hasnul Jamal Saidon
Medium:
Clear resin and mixed media installation
Year of Creation: 2003
Size:
120 cm x 20 cm x 20 cm






Aku dibesarkan oleh visual bonda dgn telekong, solat dan berdoa pd waktu subuh semasa aku siap2 utk ke sekolah. Bonda aku asal kampung, belajar sampai darjah 6 je, tak sambung. Ikut standard sekarang, tak boleh dipanggil golongan 'terpelajar' mcm yg aku suka kaitkan dgn pensyarah mcm aku. Dia hanya boleh baca tulisan jawi dan mengira dlm kepala. Tapi dia genius, terang hati, kreatif, praktikal, pragmatis, memiliki kepintaran pelbagai, dgn SQ yg tinggi, gigih, tekun & rajin berniaga mcm2 utk cari rezki. Semangat dia kental, kuat mental-emosi. Pada waktu sama, taat beribadat. Dia jadi wanita Islam Melayu yg awal memiliki kedai kain dan jahitan pakaian wanita di bandar Teluk Intan. Mcm2 dia berniaga. Dia bantu ayahanda yg bergaji kecil utk tanggung 9 org anak. Itu amanah dia, tanggungjawab dia. Dia pembawa, pemegang dan penjaga cahaya, melahirkan 9 'cahaya' mata. Hanya ibu dan wanita yg boleh lahirkan 'cahaya'. Ini inspirasi aku. 



Aku dibesarkan oleh 'penjaga cahaya', nur (utk karya ini aku guna 'nurbaya' memetik esei tentang klise wanita melayu tradisi oleh tok guru aku Ismail Zain) . Bila sudah dewasa, sambung belajar sampai dpt masters (phd tak sampai, tak layak), jadi pensyarah dan pengkarya, kononnya dah masuk puak terpelajar, intelektual, akademis, disibuk dgn hidup berlumba dan berebut, mengejar dan dikejar nombor serta pencapaian hal atau benda yg boleh disuku, disukat, disakat, aku makin lupa. Aku tenggelam dlm satu sistem global yg sifatnya persis raksaksa kapitalisme pemangsa yg dipacu oleh tamak dan haloba tak bertepi. Aku jadi hamba yg taat pd raksaksa ini. Aku ikut naratif 'pembangunan' berpaksi keuntungan benda ini, yg dipandu aristokrat politik dan pemodal2 trans-nasional mereka. Aku obses membangun benda, tapi jiwa runtuh. Ini jugalah raksasa global mata satu yg memaksa semua manusia utk tunduk mengikutnya. Makanan raksaksa ini adalah tenaga, bentuknya - minyak yg hitam berkilat itu. Raksaksa berlaga raksaksa, berebut kawasan utk mengisi tong2 minyak sbg bayaran utk berkuasa penuh. Caranya adalah menaja perang, penjajahan haram, pembunuhan beramai2, pemusnahan etnik secara terbuka tanpa boleh disekat walau oleh badan keamanan dan undang2 sedunia sekalipun. Raksaksa ini prasan ia mewakili ketamadunan manusia tertinggi, walaupun sebenarnya mewakili kemusnahan, keruntuhan dan kehancuran ketamadunan dan kemanusiaan.

Yg tak ikut jadi hamba suruhan raksaksa ini, akan susah, dimusnah, dijajah, dipunah, dilesapkan kehadirannya. Akan diputar menjadi teroris, jahat, jumud. Wanita2nya dilabel bodoh, dikongkong, dipinggir, diketepi, diperhambai. Representasinya pekat dan sarat dgn nararif begitu. Itulah naratif tajaan raksaksa geo-politik yg berpusat di Rumah Putih Amerika Syarikat, di Rumah Kongres, di Israel dan juak2 mereka spt UK, Canada, German, Peranchis dan negara2 Eropah Barat. Naratif ini dijaja dan ditaja oleh mereka utk dilanggani oleh rakyat2 mrk dan warga sedunia. Itulah naratif yg cuba disogok utk dijadi kesedaran kolektif warga dunia. Ini naratif libido jantan, yg berlumba dominasi dunia, siapa paling panjang, paling besar, paling berkuasa. Naratif ini buat aku dan manusia sejagat dijajah secara sistemik hingga buta mata dan hati - makin dihijab dan ditutup dari simbahan cahaya kasih dan belas, spt yg dimiliki oleh seorang bonda terhadap anak2nya. Mereka penjaga cahaya, pembawa amanah dan pencerah yg diwakilkan oleh Tuhan utk menyuluh kita dlm kegelapan nafsu dunia.
Adakah kita sudah bangun disuluh cahaya, dalam ertikata pem'bangunan' yg setulusnya.




Temubual dgn Soka Gakai Malaysia.





No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...