Tuesday, 26 May 2015

SATU HARI YG CANTIK

Di bilik inilah saya dan kawan2 menekuni pengalaman manis dan pahit-getir sebagai pelajar seni halus tahun akhir (tahun 4) UiTM 1987-88. Dari 1984-1988 studio ini dan tapak sekitarnya menjadi kebun awal saya, yg telah membekalkan saya dgn pelbagai ilmu dan pengalaman yg tak ternilai harganya. Guru2 saya ketika itu semuanya hebat2. 

Hari ini ini saya diberi alasan utk mengunjunginya-semula atas jemputan beberapa org bekas anak murid yg kini dah bergelar pensyarah - Suhaimi Tohid, Dr. Mumtaz, Dr. Sharmiza. Saya berkebun dgn anak-anak murid mrk pula, para pelajar sarjana seni halus UiTM, termasuk anak kpd rakan karib semasa belajar dulu, Mohd Amin Busu. Otai2 mrk termasuklah Dr. Khatihah Sanusi, Fuad Ariff, Azhar Manan, Rosiah dan Jailani. Saya juga dikurnia Allah rezki bersalam dan memeluk bekas guru2 saya - Dzulhaimi Md Zin dan Muliyadi Mahamood. Dr. Sharmiza ambil saya dgn kereta dia (beberapa minggu sebelum tu dia seludup saya ke studio catan). Suhaimi Tohid pula sanggup hantar saya pulang sampai ke Nilai rumah kakak tempat bertandang. Kehidupan sedang memberikan saya senyuman yg amat manis.








No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...