Sunday 23 February 2014

REFLEKSI PASCA-KEBUN RUPA

Untuk Fina, Firdaus, Sham, Adi, Izrul, Normad, Lan dan semua adik-adik praktikal dari UiTM Sri Iskandar, nasi kandaq Pelita adalah tidak sepadan dengan budi dan pertolongan yang telah dihulurkan. Terima kasih kerana menolong saya memindah segala harta-pusaka ilmu di Kebun Rupa ke rumah teres sewa saya.  Ia suatu kerja berat yang boleh mematahkan tulang empat-kerat, tetapi selamat dilaksanakan tanpa sebarang insiden mahupun accident. Kepada Mamu Norhelmi yang sudi singgah bersama puterinya, Paiman yang singgah selepas defend Phd proposal, juga Taufik yang mengintai, terima kasih kerana sudi jenguk.  Saya kini sedang bergelumang dengan lambakan kotak-kotak berisi buku dan segala jenis bahan rujukan yang perlu disusun-semula. Isteri dan anak-anak yang supporting dan sporting turun padang untuk bantu.

Pengunjung rasmi terakhir Kebun Rupa adalah rombongan dari NAGA (National Art Gallery of Singapore) diketuai Pengarahnya Dr.Eugene Tan, bersama para kuratornya, Shabir, Syed dan sorang lagi yang saya lupa namanya.  Sebelum ini berberapa kurator NAGA yang lain juga pernah singgah. Mereka ada bertanya beberapa soalan menarik tentang Kebun Rupa dan juga MGTF, tapi soalan dan jawapannya hanya boleh saya kongsi secara lisan dengan insan-insan terpilih je ye. Sori. Ada juga pengunjung lain tanya, "Pengarah, para kurator dan ilmuan dekat-dekat tak singgah ke Nol?"

Menumpang ruang untuk membenih, membaja dan menyuburkan Kebun Rupa adalah satu 'action research' yang amat berguna untuk saya. Pada saya, dapatannya amat bernilai, walaupun ia tidak melibatkan penyelidikan yang memakan kos hingga beratus-ratus atau berjuta ringgit duit rakyat.  Saya juga tidak perlu menunggu untuk membentangkan dapatannya dalam seminar, konferensi dan jurnal berwasit semata-mata untuk mengesahkan ianya ilmu yang berguna.

Saya amat bersyukur. Bak kata Atok saya, semuanya "bagus, bagus, bagus".

3 comments:

  1. In Sha Allah, ada rezeki dengan izin Tuan empunya nanti biaq wakil dari Langkawi sekali lagi pi rasmi menginap satu malam di Kebun Rupa 'baru'...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah DIn, kalau niat baik, sampailah nanti.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum prof. saya amirul pelajar seni halus praktikal uitm sri iskandar,wakil dari kawan-kawan yang lain berterima kasih sebab sudi tumpangkan kami bermalam dikebun rupa selama 2 minggu, dan diberi pengisian yang mungkin tiada lagi diluar sana yang sudi berikan kami ilmu2 yang sama prof. kongsikan. kami semua takkan lupa jasa baik prof pada kami. terima kasih prof.

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...