Saya hanya boleh teka. Mungkin denai utk pulih itu dibuka bila kita sedar bahawa penyakit, neraka, penjara diri & 'kegelapan' itu dicetus oleh kita sendiri, bukan org lain, bukan keadaan, bukan situasi, bukan peristiwa. Spesifiknya, dari cara kita berfikir dan merasa yg tidak fitrah. Sakit adalah cara tubuh berkata, "tolong check balik cara kamu menggunakan fikiran dan perasaan kamu utk beri reaksi kpd situasi, keadaan, peristiwa dan watak2 yg timbul dlm skrip hidup." Ya, dlm byk keadaan, kita sering pilih utk berdrama, kerana ketagih.
Ya, sakit itu ujian, ia menggugur dosa dan denai meningkatkan makam. InsyaAllah. Tapi puncanya? Kebergantungan total kpd identifikasi diri yg palsu. Gelaran akademik & bakat yg hebat bukan jaminan. Ia tidak menjamin seorang itu bebas dari kebergantungan total kpd identifikasi diri yg palsu. Malah, ia mungkin menjadi perangkap dan penjara juga. 3 tahun lepas, doktor pakar saraf diagnos saya 'overthinking', hingga otot tangan dan tengkuk bergerak sendiri. Itu setelah saya dimasukkan dlm gelung MRI, dll gadget utk intai aktiviti otak. Perangkap, penjara dan ilusi personafikasi ini tidak berpintu, sukar utk keluar, apatah lagi yg overthinking mcm saya. Itulah punca penyakit.
Mana pula seni dlm kancah ini? Bagusnya seni itu, boleh bantu kita mengenal & menyaksi cara kita berfikir dan merasa. Ia cerminan diri, jika betul2 jujurla. Cuma tak semua gitu. Ada yg diperangkap oleh seni pula, oleh kebergantungan total kpd identifikasi sebagai 'seniman yg hebat' pula.
Utk mengenal dan menyaksi diri, perlu telanjangkan kepalsuan ego. Perlu diam dlm gelombang Alpha dulu. Kemudian khusyuk dan hilangkan ilusi diri berpaksi ego itu dlm gelombang Theta. InsyaAllah, ia denai utk pulih. Lebih indah, juga jadi denai yg bawa kita pulang kpd Yg Maha Esa.
Cuma, sesetengah org itu perlu ditampar keras utk bangun, antaranya oleh jemputan memilih antara mati atau hidup.
Terima kasih Hariri & Ann Nurbaya, sudi singgah beraya dan dengar celoteh saya. Terima kasih sudi kongsi pengalaman anda yg berharga. Terima kasih krn tidak melayan saya sbg org yg sakit, dgn simpati yg salah tempat. Saya menghargainya. @hariry.jalil @nurbayahassan
No comments:
Post a Comment