Tuesday, 18 January 2022

SUDIN LAPOO DI RUMAH TOK CU

Puncak ilmu itu adalah tunduk dan berserah kpd Yg Kasih Yg Belas. Juga rasa hilang bentuk dalam kekaguman terhadap suatu Kuasa Yg Maha Hebat, yg Mengatur segalanya. Jika sesuatu bidang pengetahuan dibawa jauh dari puncak begitu, ia tak sampai. Yg membawanya sakit. Dia pula menyakitkan org lain, habitatnya dan alam sekitar.

Sebab itulah dimuliakan dgn istilah tanah air, bukan negara je. Istilah ibu negeri, ibu negara, ibu rumah atau rumah ibu, ibu pertiwi. Mengapa ibu? Mengapa tanah dan air? Itu semua utk ingatkan kita yg selalu lupa ini terhadap asal kita, pertautan kita. Tujuannya agar kita tidak sombong, angkuh, tamak, haloba, tak bersyukur. Juga utk ingatkan tentang peranan kita sebagai penjaga atau pemegang amanah. Tugas kita dlm ujian dunia ini adalah memsejahterakan hubungan dgn diri sendiri, dgn sesama manusia, dgn alam sekitar dan semua makhluk. Semua itu berpaksi hubungan kita dgn Tuhan, walaupun kita telah buat byk silap dlm hal itu. Kualiti hubungan2 inilah yg kita sejahterakan. Inilah kelestarian yg sejati. 

Asas hubungan sesama manusia adalah nilai2 halus yg tidak dpt disukat dan dikuantifikasikan. Apabila asas hubungan ini dijadikan sebahagian dari perlumbaan kuantifikasi, ia akan rosak. Tanda2nya adalah segala yg dijadikan kayu ukur kejayaan atau pencapaian kuantitatif, telah menghasilkan manusia yg tidak tenang, tamak, haloba, berhati kering,  saling membenci, saling berdengki, sentiasa melihat manusia lain sebagai pesaing dlm mengejar nafsu. Peradaban2 yg lalu dari merata dunia telah byk mengajar kita tentang perkara ini.

Ke arah diam, aman dan iman = kediaman


Melaras medan kuantum

Senafas-senadi

Segalanya saling-bertaut dlm satu kitaran hidrologi yg indah dan lestari. Kitaran ini tunduk dan patuh pd Hukum Alam. Bagaimana pula dgn manusia?

Rasalah sendiri getaran bumi. Rasa itu bukan boleh dialami dari buku2 mahupun kata2. 









 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...