Thursday 6 January 2022

MELUKIS CAHAYA

 

Salam semua. Hari ni kita belajar tentang melukis cahaya.

Kita adalah sebahagian dari fenomena cahaya.  Cahaya adalah tenaga. Kita menyerap (absorb) dan memancar (radiate) tenaga. Ini asas yg penting, walaupun mungkin ada pelukis yg tak sedar, atau sering terlupa tentangnya.

Menerusi karya seni, kita menyerap dan memancar tenaga menerusi warna, garisan, rupa, bentuk, jalinan dan kualiti terang gelap di atas ruang permukaan lukisan kita. Senang cakap, kita hantar dan terima tenaga, tiap detik sedar kita. Kita terlibat dgn transaksi tenaga dlm kehidupan seharian kita. Untuk transaksi ini, konsep untung dan ruginya tak sama dgn hukum untung-rugi dalam transaksi berasaskan benda atau produk semata-mata.

Ok, apa pula warna? Dari kecil kita sudah diajar mengenal dan menamakan warna, ikut bahasa ibunda kita. Tiap benda ada warna. Warna lekat pada benda. Warna itu tetap dan kekal. Betul ke?

Dari tafsiran dan deskripsi saintifik, warna sebenarnya adalah tenaga cahaya yg hadir dlm julat2 (ranges) frekuensi yg berbeza-beza. Selalunya kita panggil warna2 pelangi. Julat2 frekuensi yg kita panggil warna2 pelangi itu hanyalah sebahagian kecil dari 'emf' atau 'electro-magnetic field' yg melata. Terlalu luas medan elektro-magnet yg tidak boleh dicerap oleh mata kasar manusia. Yang boleh dilihat atau dicerap oleh mata kasar dipanggil 'visible light'. Yg kita boleh lihat itu tersangat kecil julatnya. Dimensi yg boleh dilihat oleh mata kasar kita, amat terhad. Ada byk lagi dimensi yg tak boleh dilihat.


Ada tujuh julat frekuensi cahaya yg boleh dilihat. Frekuensi paling jauh kita alami dan namakan sebagai ungu. Paling pendek, merah. Antaranya adalah biru, hijau, kuning, oren. Apabila 'visible light' memancar pd permukaan sesuatu objek, permukaannya menyerap sebahagian dari julat frekuensi cahaya tadi. Pada masa yg sama, ia memantul-semula sebahagian dari frekuensi cahaya tadi. Ini berlaku kerana sifat2 atom.  Sifat2 atom ini membina pengalaman fizikal yg kita alami sebagai objek berwarna. Atom2 bergetar dan bertawaf, menyerap (absorb) dan memancar (radiate) tenaga. Jika ia memantul-semula julat frekuensi pendek, permukaan objek itu kita namakan sebagai merah (atau merah dlm bahasa2 lain). Jika ia menyerap semua frekuensi tanpa memantul-semula, kita alami sebagai warna hitam. Jika ia memantul-semula semua frekuensi, kira alami sebagai warna putih.

Kita (termasuk pelukis walaupun tak semua), selalunya anggap warna ada pada objek. Ini termasuklah warna pada lukisan atau catan. Sebenarnya bukan begitu. Warna adalah pantulan tenaga cahaya dari sesuatu permukaan objek. Yg disebut 'merah' itu adalah 'nama panggilan utk suatu pengalaman deria melihat kesan frekuensi tenaga cahaya yg pendek' yg dipantulkan oleh permukaan objek. Bila kita sebut sesuatu nama warna, ia adalah terjemahan terhadap fenonena cahaya dlm bentuk kata2 atau bunyi.

Ok. Itu warna yg boleh dilihat. Ada juga tenaga cahaya yg tak boleh dilihat. Bagaimana pula dengan keadaan mental san emosi seseorang? Boleh kah dilihat? Kita maklum bahawa ada tenaga cahaya tinggi (frekuensi laju), ada tenaga cahaya rendah(frekuensi perlahan). Kita sebut dlm bahasa harian sebagai halus dan kasar.

Ringkasnya, julat tenaga cahaya ada tingkatan (stages).  Tenaga cahaya yg tinggi dan halus seperti apa yg difikir dan dirasa secara emosi tak boleh dicerap oleh mata kasar, tapi boleh dirasa oleh mata hati yg halus (intuisi, gerak hati). Inilah juga yg sering dilayan oleh para pelukis sebelum, semasa dan sesudah melukis.

Oleh itu boleh dikatakan, fikiran atau minda dan emosi juga satu bentuk tenaga cahaya dlm julat2 frekuensi halus yg tak boleh dilihat atau dicerap dgn mata kasar. Tenaga ini dtg dlm corak2 atau pola2 tertentu. Pola2 ini membentuk 'peribadi' atau 'karektor' tenaga halus setiap orang. Contohnya, seorang yg penyayang, seorang yg sabar, seorang yg garang, seorang yg lembut, seorang yg kasar, dll.

Sedikit tentang julat frekuensi tenaga cahaya yg tak boleh dilihat. Terdapat proposisi yg merujuk kpd julat frekuensi gelombang otak (brainwaves). Ia kini boleh disukat dgn instrumen canggih - dari Beta-Alpha-Theta-Delta. Signal2 gelombang otak ini juga boleh diterjemah dalam bentuk visual.

Ringkasnya, kita adalah sebahagian dari fenomena tenaga cahaya yg amat luas. Setiap org menyerap dan memancar tenaga cahaya setiap masa. Ada masa stabil, ada masa tak stabil, sentiasa berubah.

Setiap detik, apa yg kita katakan realiti fizikal di sekeliling kita (tenaga cahaya kasar/visible light), adalah refleksi (bayangan) terhadap kualiti tenaga halus diri kita sendiri.

Kerja melukis, adalah penzahiran kualiti tenaga pelukis itu dari yang halus (minda dan emosi) kepada kasar (catan atau lukisan). Dari tenaga cahaya yg tak boleh dilihat kpd tenaga cahaya yg boleh dilihat.

Oleh itu, saya berharap kita semua dapat laraskan (tune) julat frekuensi tenaga cahaya ini. Moga dapat menyerap dan memancar tenaga cahaya 'kasih' dan 'belas' yg memulih dan menyembuh? Saya berpendapat, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri, amat perlujan penulihan (healing). Saya doakan agar setiap kita ditemukan dgn guru2 yg boleh bimbing kita utk melaras tenaga cahaya kita. Sori, saya tak layak. Saya pun masih byk yg koyak.

Saya soal sikit di sini? Bolehkah para pelukis menzahirkan tenaga cahaya 'kasih' dan 'belas' dalam frekuensi yg boleh dilihat menerusi bancuhan dan palitan warna, garisan, rupa, bentuk, ton dan jalinan atas ruang lukisan dan catannya? Ni semua tergantung pada pilihan masing2. Moga kita diberi Petunjuk utk memilih.

Karya2 seni adalah penzahiran dan refleksi keadaan frekuensi tenaga cahaya halus pelukis (mental and emotional states). Yg dilukis itu fenomena cahaya. Oleh itu, bila kita sedang berdepan dgn karya seni (sebuah lukisan atau catam contohnya), kita sedang mengalami proses interaksi dgn medan tenaga cahaya halus ini. Selain membuka mata kasar, kita perlu buka juga mata hati.

Sekarang cuba kita tanya, apakah corak dan pola tenaganya? Jernih atau keruh? Menyembuh atau menyakiti minda dan rasa? Bagi yg hati jernih dan daya intuisinya tinggi, ini semua dgn pantas boleh dialami. Sebab itu, ada yg memilih menjauhkan diri dari manusia, tempat, objek dan kejadian2 yg mengeruh, membawa dan menyebar penyakit minda dan emosi. Cuba kita renung semula transaksi tenaga kita dalam medan hidup, termasuk medan seni bagi mereka yg terlibat dalamnya? Keruh atau jernih? Gelap atau bercahaya?

Itulah serba sedikit refleksi yg dapat saya kongsi dari pengalaman melukis sejak dari kecil hingga dah remaja lanjut. Juga dari guru2 yg mengajar saya, disamping buku2 yg sempat dibaca sepanjang 30 tahun dlm bidang seni. Yg paling byk mengajar adalah peristiwa2, ujian2 hidup dan kesilapan2 yg telah dilalui, termasuk pelbagai watak yg ditemui tanpa temujanji.

Sebagai penutup, saya doakan agar medan tenaga cahaya kita, dari yg halus hingga kasar, sentiasa kita jaga baik2.

HASNUL J SAIDON
aka Kebunjiwahalus
1 Januari 2023


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...