Salam kawan2 semua.
Ya, memanglah kita sering dihimpit dgn perlumbaan mengejar nombor2 atau apa jua pencapaian (material) yg boleh disukat dan dihambat. Kita telah di'indoktrinasi', di'normalisasi' dan di'budaya'kan dgn sistem menghambat ini hingga kita anggap ia 'normal', semulajadi, malah 'fitrah'! Malah kita seperti mahu mewarisinya persis ia mengalir dari leluhur.
Betul ke?
Dalam sistem 'buatan' ini, kita diarahkan 'mengejar'. Semuanya dikejar, bukan ditarik; dilumba bukan dibelas; dihambat bukan disyukuri; diambil bukan diberi; dikumpul bukan dinikmati. Semuanya tentang 'memilik'(havingness) bukan 'menjadi' (beingness). Kita tidak sempat berhenti utk mensyukuri 'keberadaan' kita. Jika 'berhenti' utk diam, memeri hati merenung, bertafakur, itu semua dianggap 'melambatkan' kita dalam perlumbaan ini.
Dalam sistem perlumbaan ini, barang, benda dan nombor dicintai. Manakala manusia, binatang & alam sekitar pula, dieksploitasi.
Umpannya adalah janji2 palsu yg sebenarnya menipiskan makna sejahtera dan bahagia yg sebenar.
Sistem ini datang dgn 'rotan'. Rotannya adalah ancaman dan ugutan halus yg dilapik oleh pelbagai topeng. Topeng paling ketara, adalah perlumbaan mengejar kedudukan dan 'akibat buruk' jika tidak memakai dan menyertainya. Kejayaan bukanlah lagi seperti yg dimaknakan dlm laungan azan 5 kali sehari. Kejayaan versi ini ditafsir mengikut nahu sistem haloba pemangsa (yg kurang 1% populasi dunia itu) untuk terus memangsa & menghambakan 'bottom billion'nya seperti tikus2 makmal yg sibuk hingga akhir masa. Sibuk hingga tidak sempat utk 'sedar' dan 'bangun'. Kita dikhutbahkan dgn pembangunan yg lena, bukan 'bangun' yg 'sedar'.
Mohon ber'diam' sejenak. Tarik & hembus nafas perlahan-lahan. Bangun dan berhijrahlah sayang2 semua.
Kita ini manusia, bukan robot. Kita bukan mesin, bukan benda, bukan nombor, bukan juga sistem kepintaran tiruan (artificial intelligence). Kita juga bukan kertas2 undi. Kita ada roh, ada fikiran, ada perasaan. Ketiga-tiga ini 'intangible'. Maksudnya, tidak nampak dengan mata kasar. Hal yg tidak bersifat benda ini tidak boleh dicerap oleh 5 pancaindera. Hal2 halus seperti kasih, belas, syukur, ikhlas, memanglah sukar disukat dan dipukat. Jika sukar atau tidak boleh disukat dgn tepat, adakah hal2 ini tidak lagi penting dalam menjadi 'manusia', apatah lagi dalam 'menilai' kualiti 'kemanusiaan'?
Jantung dan kalbu kita adalah taman. Otak dan minda kita adalah taman. Manifestasi atau penzahirannya adalah tempat kerja. Oleh itu, tempat kerja kita, juga adalah taman. Ia perlu disiram, disuburi. Ia bukan litar lumba dan gelanggang berjudi. Tempat kerja kita, seperti juga kalbu dan minda, adalah tempat kita menanam & mewariskan kasih, belas, kemaafan, kesyukuran, budi, kejujuran, keikhlasan, keredhoan, kesejahteraan. Ia bukan tempat menanam benci, syak-wasangka, dengki, khianat, dendam, tamak-haloba.
Tempat kerja kita ibarat pokok. Kita 'pemegang amanah' yg menjaganya, menyiramnya, menyuburkannya, melestarikannya dgn kasih dan belas.
Pokok dalam bahasa Arab adalah 'syajaratun'. Dari situ datangnya perkataan sejarah. Sejarah bukanlah 'linear' atau berurutan. Itu tafsir mekanikal moden yg berpaksi benda. Sejarah bersifat multi-dimensi. Ia 'non-linear' atau tidak berurutan. Setiap sejarah sedang dicipta 'sekarang', 'kini', 'saat ini'. Setiap titik sekarang itu pula sentiasa 'mencapah', berkembang, membiak, menyubur, meranting, merebak dlm ruang-masa yg multidimensi. Sejarah itu juga bersifat 'cyclical' atau kitaran/putaran. Ia saling-terkait, sulam menyulam. Renung dan peri hatilah sifat pokok (syajaratun). Renung juga corak2 geometri sakral dlm pelbagai tradisi visual manusia. Peri hati anyaman, sulaman, ukiran, corak2 arabesque, mandala, dll. Itulah contoh 'innernet' yg 'menggambarkan' saling-terkaitnya kita. Itulah 'innernet'. Innernet ini ada dlm sistem saraf dan darah kita. Ia juga ada dlm sistem hidrologik bumi (sistem sungai contohnya). Coraknya yg fraktal itu juga fitrah, ada dlm diri manusia, alam semulajadi dan alam semesta.
Kita semua, secara batin atau kuantum, adalah saling-terkait dalam sistem fitrah ini. Bahasa canggihnya ekologi. Kita adalah satu keluarga sejagat dan semesta. Kemanusiaan itu persis pokok yg kaya dgn kepelbagaian (diversity). Sistemnya fitrah.
Sistem fitrah bergerak dalam kitaran dan capahan (bifurcation). Yg pucuk akan terus tumbuh menggapai 'langit'. Yang muda akan segar menghijau utk berfotosintesis menukar karbon monoksid (racun) menjadi oksigen (penawar). Ia menjalankan amanah untuk mensejahterakan hingga sampai kitaran utk tua. Yg tua akan gugur, kembali ke 'bumi' menjadi sebahagian dari tanah-air. Semua tunduk dan akur dalam satu aturan yg tersangat indah, disebut Hukum Alam yg fitrah. Kita adalah sebahagian dari Hukum Alam atau Aturan ini. Ia ibarat tarian kosmik cahaya yg melata.
Puncak atau 'apex' kpd 'ilmu' adalah 'tunduk' (humility), bukan angkuh, sombong, bongkak. Tunduk ini hadir dari rasa kekaguman (awe) terhadap sesuatu yg lebih hebat dan besar dari kita. Kagum ini terbukti secara saintifik, menyihatkan. Ia penawar penyakit mental dan jiwa. Kagum hadir bila 'ego' atau ilusi diri itu lupus dlm penyaksian (syahadah) yg tembus - bahawa kita dan ilmu yg kita alami itu, malah segala2nya, adalah tanda2 bayangan kpd adanya yg Hakiki - Adanya Maha Agung & Maha Hebat. Itulah kunci penyaksian.
Kawan2, saya perkenalkan 'keluarga' saya di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM (MGTF USM). Dalam keluarga ada keluarga, persis pokok. Apabila menatap foto2 ini, mohon kirimkan doa yg baik2 agar kami yg byk defisit ini, dpt melaksakan amanah dgn cemerlang. Doakan kami berjaya menjadikan MGTF USM, taman yg sejahtera utk seluruh umat manusia.
Tempat yg terbaik adalah dlm doa. Hadiah atau anugerah yg paling berharga adalah kasih & belas. Pencapaian dan kejayaan tertinggi manusia adalah kesejahteraan.
Salam sejahtera, dgn pelukan kasih & belas dari saya,
PROFESOR MADYA HASNUL J SAIDON
Pengarah
Mgtf Usm
No comments:
Post a Comment